Bantuan MyKad RM1200 2025: Semakan MyKad & Cara Semak Kelayakan Online
Terkini! Bantuan MyKad akan ditambah baik mulai tahun 2025, di mana kelayakan penerima akan diperluaskan. Hal ini bermaksud lebih ramai individu akan layak untuk menerima manfaat bantuan MyKad. Jika anda masih belum mengetahui status kelayakan, anda boleh membuat semakan MyKad secara online.
Bagaimanakah cara semakan kelayakan Bantuan MyKad RM1200 2025? Ikuti info lanjut di sini untuk panduan lengkap.
BACA JUGA : Bantuan MyKasih RM100 2025
PENGENALAN BANTUAN MYKAD 2025
Program Bantuan MyKad merupakan bantuan tanpa tunai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dibawah Program MyKasih, menggunakan MyKad (Kad Pengenalan) sebagai kaedah penyaluran bantuan.
Ianya dinamakan Bantuan MyKad kerana wang disalurkan terus ke dalam MyKad penerima, yang kemudiannya boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas di kedai runcit yang berdaftar dengan MyKasih (pembayaran menggunakan MyKad).
Bantuan ini diberikan secara bulanan kepada penerima yang berstatus lulus, sebanyak RM100/RM50 sebulan bergantung pada kategori kelayakan masing-masing.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN MYKAD 2025
Penerima bantuan yang layak dan menepati syarat di bawah sahaja akan menerima wang MyKasih/SARA:
- Warganegara Malaysia;
- Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2023.
SEMAKAN BANTUAN MYKAD RM1200 2025
Status kelayakan bantuan dan bayaran boleh disemak melalui kaedah seperti berikut:
- Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
- Portal Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
PANDUAN SEMAKAN BANTUAN MYKAD RM1200 2025 DI PORTAL MYSTR
Semakan status kelayakan di portal MySTR seperti berikut:
- Klik log masuk MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Masukkan Nombor MyKad Pemohon
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
- Masukkan Kata Laluan
- Klik Semakan Status
- Maklumat yang akan dipaparkan:
- Status Permohonan
- Maklumat Pembayaran (Jika Ada)
- Selesai.
PANDUAN SEMAKAN BANTUAN MYKAD RM1200 2025 DI PORTAL MYKASIH
Semakan status kelayakn di portal MyKasih seperti berikut:
- Klik log masuk MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
- Halaman utama MyKasih akan dipaparkan
- Kemudian, tekan pada bahagian [Semak Status]
pada Semakan pelaksanaan SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA) - Bahagian semakan akan dipaparkan
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad]
- Klik Semakan Status
- Maklumat Pembayaran (Jika Anda Layak)
- Selesai.
JUMLAH BANTUAN MYKAD 2025
Kadar bantuan yang akan disalurkan kedalam Mykad penerima adalah mengikut kategori seperti di bawah:
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN (RM) (BERSTATUS MISKIN/MISKIN TEGAR eKasih) | KADAR BANTUAN (RM) (PENERIMA STR 2025 – BUKAN MISKIN/MISKIN TEGAR eKasih) |
---|---|---|
Isi rumah | RM 1200 (Pengagihan Bulanan RM100) | RM 900 (RM 100 Sebulan) |
Warga emas tiada pasangan | RM 1200 (Pengagihan Bulanan RM100) | RM 450 (RM 100 Sebulan) |
Bujang | RM 600 (Pengagihan Bulanan RM50) | – |
TARIKH DAN JADUAL BAYARAN MYKAD
Tarikh pengagihan dan bayaran bagi Kategori Miskin/Miskin eKasih dengan BUKAN Miskin/Miskin eKasih adalah berbeza seperti berikut:
KATEGORI PENERIMA | TARIKH PENYALURAN BANTUAN |
---|---|
Berstatus Miskin/Miskin Tegar eKasih | Bermula Januari 2025 |
Penerima Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 (BUKAN Miskin/Miskin Tegar eKasih) | Bermula April 2025 |
KAEDAH PENYALURAN BANTUAN
Penyaluran bantuan adalah secara TANPA TUNAI dimana wang akan dikreditkan kedalam MyKad penerima. Kaedah ini membenarkan penerima membuat pembelian barangan keperluan asas MyKasih menggunakan MyKad di pasaraya yang berdaftar MyKasih.
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Pihak kami sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan Malaysia yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : [email protected]