Semakan Bantuan MyKasih 2025: Cara Check Status Kelayakan

Program Bantuan MyKasih 2025 diteruskan oleh kerajaan dengan pengkreditan bantuan secara tanpa tunai (cashless) melalui kad pengenalan (IC) penerima. Inisiatif ini memudahkan rakyat mendapatkan bantuan setiap bulan bagi pembelian barangan keperluan asas di kedai runcit dan pasar raya terpilih.

Bagaimana cara membuat semakan Bantuan MyKasih 2025? Ikuti panduan lengkap di bawah untuk mengetahui status kelayakan anda.

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

SEMAKAN BANTUAN MYKASIH 2025

BACA JUGA : MyKasih SARA Semak 2025

KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN MYKASIH 2025

Terdapat dua (2) kelayakan penerima Bantuan MyKasih, iaitu :

  • Penerima Miskin & Miskin Tegar :
    • Warganegara Malaysia;
    • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori :
      • Isi Rumah;
      • Bujang; dan
      • Warga Emas Tiada Pasangan.
    • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
  • Penerima Asas Bukan Miskin :
    • Warganegara Malaysia; dan
    • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori :
      • Isi Rumah; dan
      • Warga Emas Tiada Pasangan.

SEMAKAN BANTUAN MYKASIH 2025

Untuk mengetahui kelayakan anda, ikuti panduan semakan seperti berikut :

  1. Sila layari portal rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
  4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
  6. Selesai.

Sekiranya status memaparkan ‘Tiada Rekod Ditemui, klik pada butang [Semak Kelayakan].

  1. Halaman utama Portal STR akan dipaparkan, klik [TUTUP] pemakluman terkini.
  2. Seterusnya, masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  3. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  4. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  5. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  6. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  7. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  8. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
  10. Status bayaran [Bantuan SARA] akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’.
  11. Selesai.

JUMLAH BANTUAN MYKASIH 2025

Berikut merupakan jumlah Bantuan MyKasih yang disalurkan setiap bulan kepada penerima mengikut kelayakan :

  • Penerima Miskin & Miskin Tegar :
    • Isi Rumah : RM100 & RM200 setiap bulan;
    • Bujang : RM50 setiap bulan; dan
    • Warga Emas Tiada Pasangan : RM100 & RM150 setiap bulan.
  • Penerima Asas Bukan Miskin :
    • Isi Rumah : RM100 setiap bulan; dan
    • Warga Emas Tiada Pasangan : RM50 setiap bulan.

TARIKH PELAKSANAAN BANTUAN MYKASIH 2025

Pelaksanaan bayaran Bantuan MyKasih adalah secara ansur setiap bulan mengikut tarikh berikut :

PENERIMA BERSTATUS
MISKIN & MISKIN TEGAR
PENERIMA BERSTATUS
ASAS BUKAN MISKIN
15.01.2025 (Rabu)
01.02.2025 (Sabtu)
01.03.2025 (Sabtu)
01.04.2025 (Selasa)
01.05.2025 (Khamis)
01.06.2025 (Ahad)
01.07.2025 (Selasa)
01.08.2025 (Jumaat)
01.09.2025 (Isnin)
01.10.2025 (Rabu)
01.11.2025 (Sabtu)
01.12.2025 (Isnin)
01.04.2025 (Selasa)
01.05.2025 (Khamis)
01.06.2025 (Ahad)
01.07.2025 (Selasa)
01.08.2025 (Jumaat)
01.09.2025 (Isnin)
01.10.2025 (Rabu)
01.11.2025 (Sabtu)
01.12.2025 (Isnin)

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.