MyKasih SARA Semak 2025: Check Status Kelayakan & Cara Tebus

MyKasih SARA Semak 2025: Check Status Kelayakan & Cara Tebus

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia telah mengumumkan bahawa Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 adalah bantuan bersasar yang menggunakan sebahagian daripada hasil negara dan penjimatan subsidi untuk membantu golongan yang benar-benar memerlukan. Inisiatif ini bertujuan untuk meringankan beban kos sara hidup rakyat yang layak.

Ingin tahu sama ada anda layak menerima MyKasih SARA 2025? Semak status kelayakan anda sekarang dan ketahui cara penebusan melalui panduan lengkap di bawah.

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

MYKASIH SARA SEMAK 2025

BACA JUGA : Cara Isi e-Filing 2025: Panduan Lengkap Cukai Pendapatan LHDN

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA MYKASIH SARA 2025

Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025; ATAU
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) DAN Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2024.

PORTAL SEMAK STATUS PENERIMA MYKASIH SARA 2025

Semakan bantuan boleh dilakukan melalui dua (2) kaedah seperti berikut:

  • Portal Rasmi MyKasih; atau
  • Portal Rasmi MySTR

Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MyKasih:

  1. Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
  3. Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
  4. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  5. Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  6. Klik [Semak Status].
  7. Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
    [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]
  8. Selesai.

Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MySTR:

  1. Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Masukkan Nombor MyKad Pemohon
  3. Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  4. Masukkan Kata Laluan
  5. Klik Semakan Status
  6. Maklumat yang akan dipaparkan:
    • Semakan Permohonan
    • Maklumat Pembayaran
  7. Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar:
    [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih].
  8. Selesai.

SEMAK JADUAL PENYALURAN BAYARAN MYKASIH SARA 2025

Pengagihan bantuan SARA seperti berikut:

KATEGORI PENERIMATEMPOH PEMBAYARAN
Penerima Bantuan STR
&
BERSTATUS Miskin dan Miskin eKasih)
Pembayaran bantuan adalah secara bulanan Bermula Bulan JANUARI sehingga Bulan DISEMBER

(Selama 12 Bulan)
Penerima Bantuan STR SAHAJA
(BUKAN berstatus eKasih)
Pembayaran bantuan adalah secara bulanan Bermula Bulan APRIL sehingga Bulan DISEMBER

(Selama 9 Bulan)

JUMLAH BAYARAN BULANAN MYKASIH SARA 2025

Kadar bantuan yang akan diterima oleh penerima seperti berikut:

  • Kategori Penerima STR & BERSTATUS Miskin/Miskin Tegar eKasih
KATEGORI PENERIMA STR
&
(BERSTATUS eKasih)
AMAUN AGIHAN BULANAN
(RM)

JANUARI – MAC
AMAUN AGIHAN BULANAN
(RM)

APRIL – DISEMBER
Isi rumah
(Ketua Keluarga)
RM100
sebulan
RM 200
sebulan
Warga emas tiada pasangan
(Setiap Individu)
RM100
sebulan
RM 150
sebulan
Bujang
(Setiap Individu)
RM50
sebulan
RM 50
sebulan
  • Kategori Penerima STR SAHAJA (BUKAN eKasih)
KATEGORI PENERIMA STR
(BUKAN eKasih)
AMAUN AGIHAN BULANAN
(RM)

JANUARI – MAC
AMAUN AGIHAN BULANAN
(RM)

APRIL – DISEMBER
Isi rumah
(Ketua Keluarga)
RM 100
sebulan
Warga emas tiada pasangan
(Setiap Individu)
RM 50
sebulan
Bujang
(Setiap Individu)

CARA PENYALURAN MYKASIH SARA 2025

Penyaluran bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2025 seperti berikut:

NEGERI PENERIMAKAEDAH PENYALURAN
Penerima daripada Seluruh Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan W.P. LabuanPengagihan secara TANPA TUNAI kedalam MyKad (IC) penerima, dan penerima boleh membeli barangan keperluan asas seperti makanan asas, barangan kebersihan diri, ubat-ubatan dan peralatan persekolahan di pasaraya yang terpilih dengan menggunakan MyKad.

CARA PEMBELIAN BARANGAN ASAS MYKASIH SARA MENGGUNAKAN MYKAD

Pembelian barangan keperluan asas di kedai runcit adalah seperti berikut:

  1. Pilih Barangan Keperluan
    Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
  2. Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan
    Juruwang akan menyemak status MyKad penerima bantuan.
  3. Imbas Kod Barangan
    Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  4. Bayar Menggunakan MyKad
    Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
  5. Simpan Resit Untuk Semakan
    Penerima bantuan hendaklah menyimpan resit untuk tujuan semakan transaksi pembelian

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara