Semakan Status Bantuan MySTR 2025 (Fasa 1) | Cara Cek Status Layak

Semakan Status Bantuan MySTR 2025 (Fasa 1)

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah inisiatif kerajaan untuk membantu golongan B40 dengan bantuan tunai, bertujuan meringankan kos sara hidup dan beban kewangan rakyat.

Ingin tahu cara semak status penerima MySTR 2025? Lihat panduan lengkap dan maklumat terkini di sini!

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

BACA JUGA : https://semakanstr.my/b40-bantuan-ewallet/

APA ITU MYSTR

MySTR adalah Portal Rasmi Bantuan Kerajaan iaitu Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk tujuan permohonan baharu dan juga untuk kegunaan pemohon sedia ada yang telah mempunyai rekod permohonan STR.

FUNGSI DAN KEGUNAAN PORTAL MYSTR

Portal MySTR adalah ini berfungsi sebagai:

  • Permohonan Baharu
  • Kemas Kini Permohonan
  • Permohonan Rayuan
  • Perubahan Maklumat Asas Permohonan
  • Semakan Status Permohonan [lulus atau tidak]
  • Cetakan Permohonan
  • Tukar Kata Laluan
  • Maklum Balas – Peti Mel

SYARAT LULUS BANTUAN MYSTR 2025

Syarat dan kategori penerima bantuan MySTR 2025 mestilah terdiri daripada :

  1. Isi Rumah
    • Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
      menepati syarat;
    • Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  2. Warga Emas Tiada Pasangan
    • Bujang; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
    • Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
    • Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
  3. Bujang
    • Bujang; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Berumur 21-59 tahun; dan
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

LOG MASUK BANTUAN MYSTR 2025

Panduan Lengkap Log Masuk Bantuan MySTR 2025 seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi MYSTR di pautan :
    https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Halaman utama Portal MYSTR akan dipaparkan
  3. Klik [Log Masuk] MySTR
  4. Masukkan Nombor MyKad (12 Digit)
  5. Kemudian, Tekan Butang [Semak]
  6. ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan
  7. Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya]
  8. Masukkan Kata Laluan yang telah didaftarkan
  9. Klik [Log Masuk]
  10. Kemudian, anda berjaya Log Masuk Portal MySTR, dan Profile Pemohon akan dipaparkan.
  11. Selesai.

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN MYSTR 2025

Status kelayakan penerima MySTR bagi Fasa 1 2025 boleh disemak secara online seperti berikut:

  1. Ikuti Panduan Langkah Log Masuk Portal MySTR (1 hingga 10)
    pada bahagian ‘LOG MASUK BANTUAN MYSTR 2025’.
  2. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Status].
  3. Maklumat [Status Permohonan] dan [Pembayaran Fasa 1] akan dipaparkan.
  4. Selesai.

TARIKH BAYARAN MYSTR 2025 FASA SATU

Untuk makluman anda, tarikh rasmi pengagihan bayaran tunai bantuan Fasa 1 masih belum dikeluarkan. Sebarang maklumat terkini berkenaan tarikh penyaluran bantuan, pihak kami akan kemaskini apabila diumumkan secara rasmi oleh pihak kerajaan.

JUMLAH BANTUAN MYSTR 2025

Kadar bantuan MySTR 2025 yang diberikan adalah mengikut kategori seperti di bawah:

KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN (RM)
Isi rumah berpendapatan
RM 2500 kebawah
Tiada Anak : RM 1,000
Anak 1-2 : RM 1,500
Anak 3-4 : RM 2,000
5 dan keatas: RM 2,500
Isi rumah berpendapatan
RM 2501 hingga RM 5000
Tiada Anak : RM 500
Anak 1-2 : RM 750
Anak 3-4 : RM 1,000
5 dan keatas: RM 1,250
Warga emas tiada pasangan
RM 5000 dan kebawah
RM 600
Bujang
RM 2500 dan kebawah
RM 600

Nota: Kadar bantuan ini adalah jumlah keseluruhan bagi tahun 2025, dan wang akan diagihkan secara berfasa (Fasa 1, 2, 3, dan 4).

KAEDAH DUIT BANTUAN MYSTR 2025 DIAGIHKAN

Pembayaran wang akan diagihkan secara berperingkat/berfasa dan akan disalurkan melalui:

  • Pengkreditan ke dalam akaun bank penerima atau pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan; ATAU
  • Diberikan secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi penerima yang tiada akaun bank atau status ‘Gagal Kredit’.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2025.pdf