Semakan Bantuan Prihatin Sabah 2025: Semak Status Kelayakan Penerima (RM300 Sebulan)
Kerajaan Negeri Sabah komited membantu rakyat yang kurang berkemampuan, khususnya golongan miskin dan miskin tegar. Oleh itu, Bantuan Prihatin Sabah 2025 melalui Program Sentuhan Kasih Rakyat akan diberikan setiap bulan dengan jumlah RM300 sebulan kepada penerima yang layak.
Ketahui cara semakan kelayakan dan proses permohonan bantuan ini melalui panduan lengkap di bawah!
Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

BACA JUGA : https://semakanstr.my/kemaskini-str-2025-online/
APA ITU BANTUAN PRIHATIN SABAH
Bantuan Prihatin Sabah diperkenalkan sebagai Program Sentuhan Kasih Rakyat yang disalurkan setiap bulan khas untuk membantu mengurangkan bebanan sara hidup yang dihadapi oleh rakyat Sabah berstatus Miskin dan Miskin Tegar.
JUMLAH BAYARAN BANTUAN PRIHATIN SABAH 2025
Kerajaan Negeri Sabah akan membayar Bantuan Prihatin Sabah / Program Sentuhan Kasih Rakyat kepada Rakyat Sabah yang disahkan layak dengan jumlah sebanyak RM300 setiap bulan bagi sepanjang tahun 2025 ini.
TARIKH BAYARAN BANTUAN PRIHATIN SABAH
Pembayaran pertama Bantuan Prihatin Sabah / Program Sentuhan Kasih Rakyat adalah bermula pada bulan Februari 2025 yang akan memanfaatkan 100,000 ribu pertama rakyat Sabah yang memenuhi syarat kelayakan.
*Nota : Tarikh bayaran akan dikemaskini dari semasa ke semasa sebaik sahaja apabila Kerajaan Negeri Sabah mengumumkannya secara rasmi.
MANFAAT BANTUAN PRIHATIN SABAH 2025
Berikut merupakan antara manfaat Bantuan Prihatin Sabah / Program Sentuhan Kasih Rakyat khas untuk rakyat Sabah yang layak :
- Meringankan Beban Kewangan :
- Dengan bantuan RM300 sebulan, penerima dapat menggunakannya untuk keperluan asas seperti makanan dan perbelanjaan harian.
- Meningkatkan Taraf Hidup :
- Bantuan ini dapat membantu keluarga miskin memenuhi keperluan pendidikan dan penjagaan kesihatan anak-anak mereka.
- Memberi Harapan Kepada Golongan Miskin :
- Bantuan kewangan ini bukan sahaja menyokong dari segi kewangan tetapi juga memberikan harapan kepada golongan miskin untuk membina kehidupan yang lebih baik.
SYARAT PENERIMA BAYARAN BANTUAN PRIHATIN SABAH
Syarat-syarat penerima bayaran Bantuan Prihatin Sabah / Program Sentuhan Kasih Rakyat adalah :
- Pendapatan : Ketua isi rumah atau ahli keluarga mestilah tergolong dalam kategori miskin tegar atau miskin.
- Warganegara : Pemohon mestilah rakyat Malaysia yang bermastautin di Sabah.
- Umur : Pemohon hendaklah berumur 18 tahun ke atas.
- Alamat Tetap : Pemohon perlu mempunyai alamat tetap yang berdaftar di Sabah.
SEMAKAN BANTUAN PRIHATIN SABAH 2025
Panduan semakan status kelayakan sebagai penerima Bantuan Prihatin Sabah / Program Sentuhan Kasih Rakyat akan dikemaskini semula apabila pihak Kerajaan Negeri Sabah mengumumkannya secara rasmi nanti.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan Sabah, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.tvsarawak.my/2024/11/15/belanjawan-sabah-2025-bantuan-rm300-sebulan-untuk-golongan-miskin-dan-miskin-tegar/.