Kemaskini STR 2025 Online: Panduan Borang MySTR & Cara Kemas Kini Terkini

KEMASKINI STR 2025 (BANTUAN ONLINE)

Portal Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kini dibuka untuk kemaskini STR 2025 dan permohonan baharu. Penerima sedia ada yang memerlukan perubahan atau penambahan maklumat terkini boleh mengemaskini borang permohonan mereka secara online melalui MySTR sebelum tarikh tutup fasa pertama (1).

Bagaimanakah cara untuk kemaskini STR secara online? Ikuti panduan lengkap dan maklumat lanjut tentang kemas kini STR 2025 di sini.

Bantuan MyKad RM1200 2025

BACA JUGA : Semakan MyKid 2025: Cara Semak Status Permohonan MyKid Online

APA ITU STR 2025

STR atau rasminya Sumbangan Tunai Rahmah 2025 adalah lanjutan daripada skim-skim bantuan tunai sebelum ini seperti Bantuan Prihatin Rakyat (BRP) dan Bantuan Sara Hidup (BSH).

Program ini merupakan bantuan khas oleh kerajaan yang disasarkan kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana iaitu B40 dan M40 di Malaysia secaraTUNAI.Matlamat program bantuan ini adalah untuk membantu mengurangkan tekanan kewangan melalui bantuan tunai berperingkat sepanjang tahun.

Dalam belanjawan 2025, Perdana Menteri YAB Dato’ Seri Anwar telah mengumumkan bahawa Kerajaan akan menambah baik STR dan SARA 2025 dengan peruntukan keseluruhan berjumlah RM13 bilion, dimana peningkatan peruntukan sebanyak 30% adalah yang tertinggi pernah diberikan Kerajaan untuk menangani kos sara hidup rakyat. Ia akan memanfaatkan hampir 60% penduduk berpendapatan rendah dan sederhana rendah.

TARIKH KEMASKINI STR ONLINE

Bagi mengelakkan permohonan berstatus ‘Tidak Lulus’, setiap pemohon sedia ada disarankan untuk membuat pengemaskinian maklumat permohonan tanpa sebarang keciciran maklumat yang terkini dan pemohon boleh mula mengemaskini maklumat secara online bermula pada 19 Oktober 2024 sehingga 30 November 2024 bagi fasa satu (1).

TARIKH
KEMASKINI
DIBUKA
TARIKH
KEMASKINI
DITUTUP
19 Oktober 202430 November 2024

*Tarikh di atas adalah untuk penerimaan fasa pertama (1) sahaja.

SYARAT KELAYAKAN PEMOHON STR

Selain daripada Wargenagara Malaysia pemohon juga perlu memenuhi syarat-syarat kelayakan Bantuan STR 2025 seperti berikut :

  1. Isi Rumah :
    • Kahwin; atau
    • Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Pendapatan isi rumah bawah RM5,000 sebulan;
  2. Warga Emas Tiada Pasangan :
    • Bujang atau ibu atau bapa tunggal / balu / janda / duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat;
    • Berumur 60 tahun dan ke atas;
    • Pendapatan warga emas adalah bawah RM5,000 sebulan.
  3. Bujang :
    • Bujang; atau
    • Balu / janda / duda yang tidak mempunyai anak;
    • Berumur 21 hingga 59 tahun atau Bujang OKU berumur 19 tahun dan ke atas;
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
    • Pendapatan bujang bawah RM2,500 sebulan.

JUMLAH BANTUAN STR 2025

Bantuan STR akan disalurkan kepada penerima mengikut jumlah seperti berikut :

  • Kategori Isi Rumah :
KELAYAKAN ISI RUMAHJUMLAH BANTUAN
STR 2025
Isi Rumah Pendapatan
Bawah RM2,500
Tiada anak : RM1,000
1 – 2 anak : RM1,500
3 – 4 anak : RM2,000
5 ke atas : RM2,500
Isi Rumah Pendapatan
Bawah RM5,000
Tiada anak : RM500
1 – 2 anak : RM750
3 – 4 anak : RM1,000
5 ke atas : RM1,250
  • Kategori Bujang :
KELAYAKAN BUJANGJUMLAH BANTUAN
STR 2025
Bujang Umur
21 hingga 59 tahun
RM600
Bujang Umur
60 tahun dan ke atas
(warga emas)
RM600

CARA KEMASKINI STR 2025

Ikuti panduan lengkap cara kemaskini Bantuan STR secara online di pautan Portal Rasmi :

  1. Layari portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Anda akan dibawa masuk ke Halaman Utama MySTR.
  3. Isikan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-) di ruangan No. Kad Pengenalan.
  4. Klik [Log Masuk].
  5. Seterusnya, klik [Semak].
  6. Frasa Keselamatan pemohon akan dipaparkan.
  7. Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
  8. Masukkan kata laluan yang betul.
  9. Tekan butang [Log Masuk].
  10. Halaman akan paparkan :
    • Kemas Kini Permohonan.
    • Cetakan Permohonan.
    • Semakan Permohonan.
    • Tukar Kata Laluan.
    • Maklum Balas.
  11. Untuk Kemas Kini, sila tekan pilihan [Kemas Kini Permohonan] sebelah kiri paparan skrin anda.
  12. Sekiranya terdapat perubahan maklumat seperti bilangan anak, status perkahwinan, jumlah pendapatan dan lain-lain, sila update di bahagian [Maklumat Pemohon].
  13. Jika tiada perubahan, anda boleh semak semua butiran atau maklumat yang diisi adalah lengkap dan benar untuk memastikan status permohonan anda tidak tercicir.
  14. Setelah selesai Kemaskini dan Semakan, anda boleh klik [Teruskan].
  15. Pengguna akan dibawa ke bahagian Pengesahan.
  16. Untuk teruskan proses permohonan, sila isi Captcha dan klik “SAHKAN CAPTCHA”.
  17. Seterusnya, tandakan pengakuan untuk paparan bahagian Hantar.
  18. Kemudian, jika sudah semak semua maklumat dengan teliti untuk kemaskini perubahan atau semakan maklumat pemohon, tekan butang [Hantar].
  19. Kemaskini anda telah berjaya!
  20. Selesai

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Pihak kami sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan Malaysia yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]