SEMAKAN BANTUAN RAHMAH FASA 3 2025: STATUS KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK

SEMAKAN BANTUAN RAHMAH FASA 3 2025: STATUS KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK

Bantuan Rahmah 2025 yang merupakan sebahagian daripada Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) terus memberi sokongan kewangan kepada isi rumah B40 dan M40 yang layak. Kini, pembayaran STR Fasa 3 2025 bakal dilaksanakan tidak lama lagi dan semakan status kelayakan penerima boleh dibuat secara online bagi memastikan anda tergolong dalam senarai penerima bantuan.

Bagaimanakah cara semakan kelayakan STR Fasa 3 tahun 2025? Ikuti panduan lengkap di bawah untuk menyemak status anda sekarang.

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

BANTUAN RAHMAH 2025 STATUS

SIAPAKAH LAYAK PENERIMA BANTUAN RAHMAH FASA 3 2025

Syarat dan Kategori Kelayakan Bantuan STR 2025 mestilah terdiri daripada :

  1. Isi Rumah
    • Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
      menepati syarat;
    • Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  2. Warga Emas Tiada Pasangan
    • Bujang; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
    • Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
    • Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
  3. Bujang
    • Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Berumur 21-59 tahun; dan
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN RAHMAH FASA 3 2025 ONLINE

Status Bantuan STR 2025 ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’ boleh disemak secara online di Portal Rasmi STR seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi STR di pautan :
    https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Halaman utama Portal STR akan dipaparkan.
  3. Pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
  4. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
  5. Tekan pada butang [Log Masuk].
  6. Seterusnya, klik [Semak] untuk pengesahan Nombor Kad Pengenalan.
  7. ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan dan klik [Ya] jika betul.
  8. Masukkan kata laluan yang didaftarkan dengan betul.
  9. [Profile Pemohon] akan dipaparkan.
  10. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  11. Maklumat [Status Permohonan STR] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan LULUS atau TIDAK.
  12. Selesai.

KADAR BANTUAN RAHMAH FASA 3 2025

Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 adalah mengikut kategori kelayakan penerima seperti berikut:

KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN (RM)
Isi rumah
berpendapatan
RM 2500 kebawah
Tiada Anak : RM150
1 hingga 2 Anak : RM350
3 hingga 5 Anak : RM500
5 Anak dan Ke atas: RM650
Isi rumah
berpendapatan
RM 2501 hingga RM 5000
Tiada Anak : RM100
1 hingga 2 Anak : RM200
3 hingga 5 Anak : RM250
5 Anak dan Ke atas: RM300
Warga emas tiada pasanganRM 150
BujangRM 150

TARIKH PENGKREDITAN BANTUAN RAHMAH FASA 3 2025

Pembayaran Bantuan STR 2025 seperti berikut:

FASA STRTARIKH PEMBAYARAN
Fasa 3Tarikh penyaluran STR Fasa belum diumumkan dan akan dikemaskini dari masa ke semasa.

CARA KREDIT BANTUAN RAHMAH 2025

Bantuan STR 2025 akan disalurkan seperti berikut:

JENIS PENERIMAKAEDAH PENYALURAN
BANTUAN STR
Penerima yang mempunyai Akaun BankPengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan.
Penerima Tiada Akaun Bank
atau
Status ‘Gagal Kredit’
Tuntutan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2025.pdf

Leave a Comment