Bantuan Raya Aidilfitri 2025: Semakan Kelayakan & Bayaran RM300 One-Off

Bantuan Raya Aidilfitri 2025: Semakan Kelayakan & Bayaran RM300 One-Off

Dengan Aidilfitri semakin hampir, ramai rakyat Malaysia masih berdepan cabaran kewangan untuk membuat persiapan perayaan. Oleh itu, Bantuan Raya Aidilfitri 2025 diperkenalkan bagi membantu golongan yang memerlukan dengan pemberian tunai RM300 secara one-off.

Bagaimanakah cara semakan kelayakan penerima Bantuan Raya Aidilfitri 2025? Ikuti panduan lengkap dan info terkini di sini!

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

BANTUAN RAYA AIDILFITRI 2025

BACA JUGA : BANTUAN RAYA 2025

KADAR AGIHAN BANTUAN RAYA AIDILFITRI 2025

Berikut merupakan kadar agihan Bantuan Raya kepada penerima yang layak :

CARA PENGAGIHANKADAR AGIHAN BANTUAN
Secara sekaligus (one-off) terus kepada penerimaRM300 setiap ketua isi rumah

SYARAT PENERIMA BANTUAN RAYA AIDILFITRI 2025

Hanya individu yang memenuhi syarat berikut akan menerima Bantuan Raya RM300 :

  • Warganegara Malaysia;
  • Ketua Isi Rumah (KIR) berpendapatan tidak melebihi RM2,500 termasuk gaji pokok dan semua elaun tetap;
  • Merupakan Rakyat Terengganu;
  • Menetap dan beralamat di Negeri Terengganu;
  • Pengundi berdaftar di Terengganu;
  • Berdaftar dalam Sistem Profil Rakyat Terengganu Perantau (PRT20 PERANTAU).

SENARAI JENIS PEKERJAAN PENERIMA LAYAK BANTUAN RAYA 2025

Berikut merupakan jenis pekerjaan yang layak dan tidak layak menerima Bantuan Raya :

  • Peniaga Berlesen :
    • Peniaga berlesen yang berpendapatan bulanan di bawah RM2,500 yang disahkan oleh Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) akan layak menerima bantuan.
  • Penjawat Awam :
    • Semua penjawat awam dan lantikan kerajaan yang menerima elaun tetap bulanan tidak layak menerima bantuan.
  • Pekerja Tanpa Slip Gaji :
    • Bagi pekerja tanpa slip gaji layak sekiranya mengemukakan Surat Akuan Pendapatan yang disahkan oleh Penghulu Mukim atau Pengerusi JPKK.

TARIKH AGIHAN & PERMOHONAN BANTUAN RAYA 2025

Untuk tarikh agihan dan permohonan Bantuan Raya pada tahun 2025 masih belum diumumkan secara rasmi oleh Pihak berwajib.

*Nota : Segala maklumat di atas adalah berdasarkan bantuan yang dilaksanakan pada tahun lalu. Sekiranya bantuan ini diteruskan pada tahun ini, ikuti panduan permohonan lengkap cara permohonan seperti di bawah.

PERMOHONAN BANTUAN RAYA AIDILFITRI 2025

Ikuti panduan permohonan seperti berikut :

  1. Layari Portal Rasmi Bantuan di i-Bantuan Terengganu : https://ibantuan.terengganu.gov.my/.
  2. Kemudian, klik pada pilihan [Daftar] untuk [Pendaftaran Baharu].
  3. Isikan maklumat peribadi seperti [Nombor Kad Pengenalan] dan [Kata Laluan] pilihan dengan lengkap dan tepat untuk pendaftaran.
  4. Seterusnya, [Log Masuk] Sistem dengan menggunakan [Nombor Kad Pengenalan] dan [Kata Laluan] yang didaftar.
  5. Seterusnya, lengkapkan [Maklumat Profil] seperti Maklumat Peribadi, Tanggungan, dan Pendapatan dengan tepat.
  6. Muat Naik Dokumen Sokongan Permohonan seperti Salinan Kad Pengenalan dan Slip Gaji atau Surat Akuan Pendapatan.
  7. Semak dan Hantar.
  8. Cetak Salinan dan Simpan Salinan Permohonan untuk Rujukan.
  9. Selesai.

DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN

Setelah permohonan diisi, pemohon perlu mengepilkan bersama dokumen sokongan berikut :

  • Salinan Kad Pengenalan pemohon dan pasangan;
  • Salinan slip gaji atau slip pencen terkini atau Surat Akuan Pendapatan yang disahkan;
  • Dokumen tambahan bagi peniaga kecil tanpa slip gaji yang disahkan oleh JPKK.

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN BANTUAN RAYA AIDILFITRI 2025

Ikuti panduan semakan status kelayakan sebagai penerima Bantuan Raya seperti berikut :

  1. Layari Portal Rasmi Bantuan di i-Bantuan Terengganu : https://ibantuan.terengganu.gov.my/
  2. Masukkan [Nombor Kad Pengenalan].
  3. Isikan [Kata Laluan] yang telah didaftar untuk Log Masuk Sistem.
  4. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Status].
  5. Klik pula butang [Maklumat Status Penerima] akan dipaparkan.
  6. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan Raya (Terengganu), anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://ibantuan.terengganu.gov.my/.