Bantuan RM100 MyKad MyKasih 2025: Semakan Status Kelayakan

Bantuan RM100 MyKad MyKasih 2025: Semakan Status Kelayakan

Berita terkini! Mulai tahun 2025, bantuan bulanan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) atau MyKasih yang disalurkan melalui MyKad kini diperluaskan kepada penerima di Sabah dan Sarawak, menjadikannya setara dengan negeri-negeri di Semenanjung Malaysia. Bantuan ini bertujuan untuk memberikan sokongan kepada golongan yang memerlukan dalam pembelian keperluan asas.

Bagaimana cara membuat semakan kelayakan Bantuan RM100 MyKad MyKasih 2025? Ketahui panduan dan maklumat penuh di bawah.

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

BACA JUGA : https://semakanstr.my/kemaskini-str-2025-online/

APAKAH BANTUAN MYKAD MYKASIH

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah inisiatif MyKasih Foundation dengan kerjasama kerajaan untuk membantu penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR), termasuk golongan miskin dan miskin tegar eKasih serta bukan eKasih.

Bermula 2025, bantuan ini ditambah baik dengan kadar bantuan yang dipertingkatkan dan penyaluran bantuan melalui MyKad penerima diperluaskan termasuk lah Sabah dan Sarawak, untuk pembelian barangan keperluan asas di pasaraya terpilih.

SYARAT LULUS BANTUAN 100 MYKAD MYKASIH

Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan;
  • Berstatus kategori miskin dan miskin tegar dalam pangkalan data e-Kasih.

LOGIN DAN SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK BANTUAN 100 MYKAD MYKASIH

Kaedah semakan bantuan boleh dilakukan melalui dua kaedah seperti berikut:

  • Portal Rasmi MyKasih; ATAU
  • Portal Rasmi MySTR

Panduan Lengkap Semakan Bantuan Melalui Portal MyKasih:

  1. Klik log masuk MyKasih :
    https://www.mykasih.com.my/
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
  3. Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
  4. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  5. Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  6. Klik [Semak Status].
  7. Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
    [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]
  8. Selesai.

Panduan Lengkap Semakan Bantuan Melalui Portal MySTR:

  1. Klik log masuk MySTR :
    https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Masukkan Nombor MyKad Pemohon
  3. Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  4. Masukkan Kata Laluan
  5. Klik Semakan Status
  6. Maklumat yang akan dipaparkan:
    • Semakan Permohonan
    • Maklumat Pembayaran
  7. Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar:
    [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih].
  8. Selesai.

JUMLAH PENGAGIHAN BANTUAN MYKASIH DALAM MYKAD

Kadar bantuan yang akan diterima oleh penerima seperti berikut:

  • Kategori Penerima STR (BERSTATUS Miskin/Miskin Tegar eKasih)
KATEGORI PENERIMA
(BERSTATUS eKasih)
JUMLAH KELAYAKAN KESELURUHAN (RM)AMAUN AGIHAN BULANAN (RM)

*JANUARI – MAC
AMAUN AGIHAN BULANAN (RM)

*APRIL – DISEMBER
Isi rumah
(Ketua Keluarga)
RM 2,100RM100
sebulan
RM 200
sebulan
Warga emas tiada pasangan
(Setiap Individu)
RM 1,650RM100
sebulan
RM 150
sebulan
Bujang
(Setiap Individu)
RM 600RM50
sebulan
RM 50
sebulan
  • Kategori Penerima STR (BUKAN eKasih)
KATEGORI PENERIMA
(BUKAN eKasih)
JUMLAH KELAYAKAN KESELURUHAN (RM)AMAUN AGIHAN BULANAN (RM)

*JANUARI – MAC
AMAUN AGIHAN BULANAN (RM)

*APRIL – DISEMBER
Isi rumah
(Ketua Keluarga)
RM 900RM 100
sebulan
Warga emas tiada pasangan
(Setiap Individu)
RM 450RM 50
sebulan
Bujang
(Setiap Individu)

TARIKH PENYALURAN BANTUAN

Pengagihan bantuan SARA seperti berikut:

KATEGORI PENERIMATARIKH BAYARAN
Penerima Bantuan STR
(BERSTATUS Miskin dan Miskin eKasih)
15 Januari 2025 (Rabu)
Penerima Bantuan STR Sahaja
(BUKAN eKasih)
Bermula April 2025

*Nota: Pengagihan bantuan adalah secara TANPA TUNAI kedalam MyKad (IC) penerima, dan penerima boleh membeli barangan keperluan asas di pasaraya yang terpilih dengan menggunakan MyKad.

PANDUAN PEMBELIAN BARANGAN KEPERLUAN ASAS MYKASIH MENGGUNAKAN MYKAD

Pembelian barangan keperluan asas di kedai runcit adalah seperti berikut:

  1. Pilih Barangan Keperluan
    Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
  2. Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan
    Juruwang akan menyemak status MyKad penerima bantuan.
  3. Imbas Kod Barangan
    Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  4. Bayar Menggunakan MyKad
    Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
  5. Simpan Resit Untuk Semakan
    Penerima bantuan hendaklah menyimpan resit untuk tujuan semakan transaksi pembelian

*Nota : Sekiranya pembelian melebihi baki dalam Mykad atau selain daripada senarai barangan di atas, penerima perlu membayarnya secara tunai.