Bantuan RM200 E-Wallet 2025: Semak Kelayakan & Status Bayaran E-Dompet B40

Bantuan RM200 E-Wallet 2025: Semak Kelayakan & Status Bayaran

Penggunaan transaksi tanpa tunai (cashless) kini semakin meluas, memudahkan urusan pembayaran dan penerimaan wang. Sebagai inisiatif sokongan kewangan, kerajaan menawarkan Bantuan RM200 e-Wallet khas untuk golongan B40. Namun, bantuan ini dikreditkan terus ke kad pintar (MyKad) dan bukan melalui aplikasi e-Wallet seperti biasa.

Bagaimana cara semakan kelayakan bantuan RM200 e-Wallet ini? Ikuti panduan lengkap di bawah untuk mengetahui syarat kelayakan dan status bayaran anda.

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

BACA JUGA : https://semakanstr.my/semakan-sara-2025/

PENGENALAN BANTUAN E WALLET RM200 2025

Bantuan e-Wallet atau diperkenalkan sebagai eMADANI yang merupakan bantuan tambahan kepada golongan B40 dan M40 bagi meningkatkan penggunaan tanpa tunai (cashless) yang mana telahpun selesai dilaksanakan pada tahun 2024.

Kini, Kerajaan Madani meneruskan program Bantuan SARA tanpa tunai (cashless) yang dikreditkan menerusi kad pintar (MyKad) penerima secara bulanan khas untuk pembelian barangan keperluan asas untuk sepanjang tahun 2025.

KADAR PENERIMAAN BANTUAN E WALLET 2025

Kadar bantuan yang dikreditkan ke dalam akaun e-Wallet 10 juta penerima adalah sebanyak RM100 sahaja bagi semua golongan. Namun Bantuan SARA yang dikreditkan ke dalam kad pintar (MyKad) penerima pula adalah sehingga RM200 sebulan (bergantung kepada kelayakan penerima) seperti berikut :

KATEGORI KELAYAKAN
PENERIMA
KADAR PENERIMAAN
BANTUAN
ISI RUMAHRM100 & RM200 setiap bulan
WARGA EMASRM100 & RM150 setiap bulan
BUJANGRM50 setiap bulan

TARIKH PENERIMAAN BANTUAN E WALLET RM200 2025

Penerimaan Bantuan SARA yang bernilai RM200 melalui pengkreditan tanpa tunai menerusi kad pintar (MyKad) penerima adalah pada tarikh seperti berikut :

KADAR BANTUANTARIKH PENERIMAAN
BANTUAN SARA
RM100Bermula 15 Januari 2025
sehingga Mac 2025
RM200Bermula April 2025
sehingga Disember 2025

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN BANTUAN RM200 2025

Antara syarat-syarat kelayakan penerima bayaran Bantuan SARA yang bernilai RM200 adalah :

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah; dan
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) sehingga 31 Oktober 2024.

CEK STATUS KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN BANTUAN E WALLET RM200 2025

Kedua-dua panduan di bawah adalah cara cek status kelayakan sebagai penerima bayaran Bantuan SARA RM200 setiap bulan. Ikuti panduan cara cek status di bawah :

  1. Sila layari portal rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
  4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
  6. Selesai.

Sekiranya status memaparkan ‘Tiada Rekod Ditemui, klik pada butang [Semak Kelayakan].

  1. Halaman utama Portal STR akan dipaparkan, klik [TUTUP] pemakluman terkini.
  2. Seterusnya, masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  3. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  4. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  5. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  6. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  7. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  8. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
  10. Status bayaran [Bantuan SARA] akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’.
  11. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan MyKASIH, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.