Bantuan RM300 Setiap Bulan Sabah 2025: Semakan Status Kelayakan Penerima

Kerajaan Negeri Sabah terus komited menjaga kebajikan rakyat, terutamanya golongan miskin tegar, melalui pelbagai program bantuan. Program Sentuhan Kasih Rakyat adalah salah satu inisiatif yang akan disalurkan dengan peruntukan sebanyak RM358.5 juta setiap tahun, memberikan bantuan RM300 sebulan kepada penerima yang layak.

Ingin tahu bagaimana cara semakan status kelayakan Bantuan RM300 Setiap Bulan Sabah? Ikuti info lanjut di bawah.

Bantuan SABAH RM300

BACA JUGA : https://semakanstr.my/str-login/

APA ITU BANTUAN RM300 SABAH 2025

Bantuan yang bernilai RM300 sebulan diperkenalkan sebagai Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah yang khas untuk membantu mengurangkan bebanan sara hidup terutamanya golongan miskin dan miskin tegar di Negeri Sabah.

Hal ini kerana, Negeri Sabah mencatatkan rekod bilangan isi rumah miskin tegar yang tertinggi iaitu meliputi 38 peratus (%) atau bersamaan 6,937 daripada jumlah keseluruhan 18,445 isi rumah miskin tegar di Malaysia.

JADUAL AGIHAN BANTUAN RM300 SETIAP BULAN SABAH 2025

Pengagihan Bantuan RM300 (Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah) adalah dijadualkan seperti berikut :

BIL.TARIKH AGIHANJUMLAH BANTUAN
1.Februari 2025RM300
2.Mac 2025RM300
3.April 2025RM300
4.Mei 2025RM300
5.Jun 2025RM300
6.Julai 2025RM300
7.Ogos 2025RM300
8.September 2025RM300
9.Oktober 2025RM300
10.November 2025RM300
11.Disember 2025RM300

*Nota : Tarikh agihan adalah tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa dan akan diumumkan secara rasmi oleh Kerajaan Negeri Sabah tidak lama lagi.

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN BANTUAN RM300 SETIAP BULAN SABAH 2025

Kerajaan Negeri Sabah belum membuka sebarang portal untuk semakan status kelayakan Bantuan RM300 setiap bulan (Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah). Namun, Kerajaan Negeri Sabah akan memaklumkannya dari semasa ke semasa dan sekiranya telah dibuka / diumumkan, kami akan kongsikan panduan semakan status.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN RM300 SETIAP BULAN SABAH 2025

Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Sabah untuk penerima Bantuan RM300 sebulan (Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah) :

  • Warganegara Malaysia;
  • Menetap di Negeri Sabah;
  • Merupakan isi rumah berstatus miskin dan miskin tegar;
  • Ketua isi rumah termasuk ahli isi rumah berumur 18 tahun dan ke atas.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.tvsarawak.my/2024/11/15/belanjawan-sabah-2025-bantuan-rm300-sebulan-untuk-golongan-miskin-dan-miskin-tegar/.