Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah RM300 2025: Semakan Kelayakan & Bayaran

Santuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah RM300 2025: Semakan Kelayakan & Bayaran

Untuk membantu rakyat yang memerlukan, Kerajaan Sabah melancarkan Program Sentuhan Kasih Rakyat, iaitu bantuan kewangan RM300 sebulan khusus bagi golongan miskin dan miskin tegar di negeri ini. Inisiatif ini bertujuan meringankan beban kewangan dan meningkatkan kesejahteraan rakyat Sabah.

Bagaimana cara semakan Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah RM300 2025? Ikuti panduan lengkap di bawah untuk mengetahui syarat kelayakan dan maklumat pembayaran terkini.

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

BANTUAN SENTUHAN KASIH RAKYAT SABAH

BACA JUGA : https://semakanstr.my/semakan-sara-2025/

APA ITU PROGRAM BANTUAN SENTUHAN KASIH RAKYAT SABAH

Program Sentuhan Kasih Rakyat merupakan inisiatif Kerajaan Sabah kepada golongan Miskin dan Miskin Tegar di Negeri Sabah bagi meringankan beban kewangan yang dihadapi akibat peningkatan kos sara hidup.

Menerusi Belanjawan Sabah 2025, RM358.5 juta telah diperuntukkan untuk pelaksanaan program ini dengan penyaluran sebanyak RM300 sebulan kepada penerima yang layak.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SENTUHAN KASIH RAKYAT SABAH

Syarat dan Kategori Kelayakan Bantuan Sabah mestilah terdiri daripada :

  • Warganegara Malaysia dengan Kad Pengenalan berstatus ‘H’;
  • Beralamat dan Menetap di Negeri Sabah;
  • Kategori Miskin dan Miskin Tegar; DAN
  • Ketua isi rumah termasuk ahli keluarga yang berumur 18 tahun ke atas.

TARIKH PEMBAYARAN

Pengagihan bantuan Sabah ini dijangka bermula pada Februari 2025 dan akan disalurkan kepada 100,000 penerima.

Tarikh rasmi bayaran akan dimaklumkan dan pihak kami akan kemaskini dari semasa ke semasa sebaik sahaja ia diumumkan secara rasmi oleh Kerajaan Sabah.

JUMLAH PENYALURAN BANTUAN SENTUHAN KASIH RAKYAT

Kadar bantuan yang diberikan adalah mengikut kategori seperti di bawah:

KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN (RM)
Ketua Keluarga Isi Rumah (KIR)
DAN
Ahli Keluarga yang berumur 18 tahun ke atas yang BERSTATUS Miskin dan Miskin Tegar
RM300
(Sebulan)

SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK

Maklumat mengenai semakan status dan kaedah penyaluran bantuan masih belum diumumkan. Sebarang maklumat terkini akan dikemaskini dari masa ke semasa apabila diumumkan secara rasmi oleh pihak Kerajaan Sabah.

RUJUKAN

Untuk mendapatkan info lebih lanjut mengenai bantuan Sabah, anda boleh rujuk saluran berikut:

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://www.tvsarawak.my/2024/11/15/belanjawan-sabah-2025-bantuan-rm300-sebulan-untuk-golongan-miskin-dan-miskin-tegar/