Bantuan STR 2025 Fasa 1: Semak Status Kelayakan Bayaran RM500, RM300 & RM150

Bantuan STR 2025 Fasa 1: Semak Status Kelayakan Penerima Bayaran
Peningkatan peruntukan untuk Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 mencerminkan komitmen kerajaan dalam memastikan kebajikan rakyat tetap terjaga, walaupun berlakunya peningkatan kos sara hidup. Bantuan ini bertujuan membantu golongan yang layak dengan bayaran antara RM150 hingga RM500, bergantung kepada kategori penerima.

Bagaimanakah cara untuk menyemak status kelayakan anda bagi menerima Bantuan STR Fasa 1? Ikuti panduan lengkap dan info terkini di bawah untuk mengetahui sama ada anda layak menerima bantuan ini.

BACA JUGA : https://semakanstr.my/sara-2024-semakan/

TARIKH BAYARAN BANTUAN STR 2025 FASA 1

Pembayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah berperingkat dijadualkan seperti berikut :

TARIKH MULA
BAYARAN
BANTUAN STR FASA 1
TARIKH AKHIR
BAYARAN
BANTUAN STR FASA 1
22 Januari 2025, Rabu28 Januari 2025, Selasa

BILANGAN PENERIMA BAYARAN BANTUAN STR FASA 1

Penerima yang layak menerima bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 adalah seramai :

KATEGORI KELAYAKANBILANGAN PENERIMA
LAYAK
BANTUAN STR FASA 1 2025
Isi Rumah Pendapatan
Bawah RM2,500
2.8 juta penerima
Isi Rumah Pendapatan
RM2,501 – RM5,000
1.0 juta penerima
Warga Emas Tiada
Pasangan
1.3 juta penerima
Bujang3.2 juta penerima

*Menjadikan keseluruhan penerima yang layak menerima bayaran STR Fasa 1 2025 adalah seramai 8.3 juta. Namun, bilangan penerima akan bertambah untuk fasa seterusnya seiring dengan permohonan baharu yang dibuka sepanjang tahun.

CARA PENERIMAAN BAYARAN BANTUAN STR 2025

Terdapat dua (2) cara penerimaan bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), iaitu :

JENIS PENERIMACARA BAYARAN
BANTUAN STR FASA 1
Penerima Ada Akaun BankAkan dikreditkan terus ke dalam
akaun bank penerima secara
berperingkat mengikut nombor
akaun yang didaftarkan semasa
permohonan
Penerima Tiada Akaun Bank
atau
Status ‘Gagal Kredit’
Akan diberikan secara tunai di
kaunter mana-mana cawangan
Bank Simpanan Nasional (BSN)
seluruh Malaysia termasuk
Sabah dan Sarawak

JUMLAH BAYARAN BANTUAN STR FASA 1

Peruntukan sebanyak RM2.3 billion akan dibahagikan dengan jumlah mengikut kategori kelayakan seperti berikut :

KATEGORI KELAYAKANJUMLAH BAYARAN
BANTUAN STR FASA 1 2025
Isi Rumah Pendapatan
Bawah RM2,500
Semua RM500
Isi Rumah Pendapatan
RM2,501 – RM5,000
Tiada anak : RM150
1 – 2 anak : RM200
3 – 4 anak : RM250
5 anak ke atas : RM300
Warga Emas Tiada
Pasangan
RM150
BujangRM150

SEMAK STATUS KELAYAKAN BANTUAN STR 2025 FASA 1

Ikuti panduan semakan status kelayakan menerima Bantuan STR Fasa 1 di pautan rasmi yang selamat seperti berikut :

  1. Sila layari laman rasmi STR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
  3. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  4. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  5. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  6. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  7. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  8. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  9. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
  11. Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  12. Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
  13. Status Bayaran Fasa 1 akan dipaparkan.
  14. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2025.pdf.