Semakan Bantuan STR Bujang 2025 Fasa 4
Kerajaan telah memperkenalkan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025, sebagai bantuan kewangan berdasarkan kategori yang layak. Bayaran STR diberikan secara berperingkat setelah permohonan disahkan dan diluluskan.
Bagi Fasa 1, Fasa 2, dan Fasa 3, bantuan telah diagihkan kepada penerima layak. Seterusnya, bayaran STR Fasa 4 dijangka bermula pada 7 November 2025.
Ingin tahu cara semak bantuan STR Bujang 2025? Rujuk penjelasan lengkap di sini.
Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.
BACA JUGA : https://semakanstr.my/semakan-mykasih-2025/
BANTUAN STR BUJANG
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) menawarkan bantuan untuk beberapa golongan termasuk golongan bujang. Golongan ini perlu menepati syarat untuk melayakkan mereka memohon bantuan bagi golongan ini.
Syarat kelayakan STR Bujang seperti di bawah:
Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat.
Had umur adalah 21-59 tahun.

WANG STR BUJANG
Pemohon yang berstatus bujang dan berpendapatan kurang daripada RM 2,500 akan mendapat jumlah bayaran bantuan tunai ini sebanyak RM 350.
Pada Fasa 1 dan Fasa 2, bayaran dibuat sebanyak RM 100 setiap fasa. Namun begitu, bayaran untuk Fasa 3 sebanyak RM50 dan untuk Fasa 4 pula bayaran akan masukkan adalah RM100.
SEMAK BANTUAN STR BUJANG
Status bantuan STR Bujang boleh disemak secara online seperti di bawah:
- Layari laman web https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Kemudian, masukkan nombor kad pengenalan dan klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, tekan butang [Semak] dan sahkan kod keselamatan.
- Masukkan kata laluan yang tepat dan tekan [Log Masuk].
- Tekan pada ruangan [Semakan Permohonan].
- Pemohon perlu mengesahkan maklumat yang dipaparkan adalah benar.
- Periksa status permohonan dan maklumat pembayaran sekiranya lulus.
- Selesai.
RUJUKAN
Sebarang masalah atau maklumat lanjut mengenai STR Fasa 4 2024, boleh rujuk pihak bertanggungjawab di:
E-mel Rasmi : [email protected]
Laman Web Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Hotline STR : 03-8882 4565 / 03-8882 4566