Semakan MyKasih 2025: Semak Status Kelayakan RM100 & RM50 Setiap Bulan

Semakan Status MyKasih 2025: RM100 & RM50 Setiap Bulan

Program Bantuan MyKasih terus mendapat sambutan yang positif daripada penerima sebelum ini. Atas kejayaan tersebut, kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan dan memperluaskan bantuan ini kepada lebih ramai golongan yang layak.

Ingin tahu cara semakan status kelayakan MyKasih? Ikuti panduan dan maklumat lengkap di bawah.

BACA JUGA : STR Fasa 1 2025: Semak Status Layak Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Bujang & Tarikh Bantuan Rahmah

KELAYAKAN PENERIMA MYKASIH 2025

Penerimaan Bantuan MyKasih pada tahun 2025 dipilih berdasarkan kelayakan seperti berikut :

Berdaftar atau tidak dengan e-Kasih.

Kelayakan Penerima MyKasih RM100 setiap bulan :

Warganegara Malaysia;

Menetap di Semenanjung Malaysia;

Merupakan isi rumah berkahwin atau ibu/bapa tunggal;

Pendapatan bawah PGK semasa atau tidak melebihi RM5,000 sebulan;

Lulus Sumbangan Tunai Rahmah 2025;

Berdaftar atau tidak dengan e-Kasih.

Kelayakan Penerima MyKasih RM50 setiap bulan :

Warganegara Malaysia;

Menetap di Semenanjung Malaysia;

Menerupakan bujang / balu / janda / duda tiada anak;

Pendapatan bawah PGK semasa atau tidak melebihi RM2,500 sebulan;

Lulus Sumbangan Tunai Rahmah 2025;

JUMLAH PENERIMA LULUS STATUS MYKASIH 2025

Berdasarkan rekod setakat ini, jumlah penerima yang berstatus lulus MyKasih adalah seramai :

  • 0.7 juta penerima sedia ada; dan
  • 4.7 juta penerima baharu.

Menjadikan keseluruhan penerima yang layak adalah seramai 5.4 juta.

KAEDAH BAYARAN MYKASIH 2025

Terdapat dua (2) kaedah pembayaran Bantuan MyKasih kepada penerima, iaitu :

  • Secara tanpa tunai :
    • Dikreditkan ke dalam kad pengenalan penerima setiap bulan khusus kepada penerima Semenanjung Malaysia;
  • Secara tunai :
    • Dikreditkan ke dalam akaun bank penerima atau tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) khusus kepada penerima di Sabah dan Sarawak.

SEMAKAN STATUS MYKASIH 2025

PERKARAPAUTAN
Portal Rasmi MyKasihhttps://mykasih.com.my/
  1. Sila layari portal rasmi MyKasih; atau klik pada pautan di atas.
  2. Halaman utama portal MyKasih akan dipaparkan.
  3. Layarkan skrin ke bawah.
  4. Kemudian, klik pada [SEMAK STATUS].
  5. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  6. Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  7. Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
  8. Status penerima akan dipaparkan.
  9. Selesai.

RUJUKAN

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKASIH, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.