BANTUAN STR FASA 1 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN TERIMA BAYARAN

BANTUAN STR FASA 1 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN TERIMA BAYARAN

Fasa 1 penyaluran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) telah pun bermula sejak 22 Januari 2025 beberapa hari yang lalu. Susulan minggu lalu, Kerajaan melaporkan bahawa kali ini peruntukan sebanyak RM2.3 bilion telah pun disediakan, berbanding RM2.1 bilion pada tahun lalu bermakna berlakunya peningkatan dalam jumlah sumbangan bagi sesetengah kategori.

Apakah bantuan STR Fasa 1 2025? Ikuti info semasa dan maklumat lanjut dibawah.

BACA JUGA : https://semakanstr.my/str-login/

KELAYAKAN BANTUAN STR FASA 1 2025

Bantuan STR ini mempunyai beberapa syarat kelayakan yang perlu dipenuhi oleh penerima. Syarat-syaratnya adalah:

  • a. Isi Rumah
    • i. Kahwin; atau
    • ii. Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • iii. Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • b. Warga Emas Tiada Pasangan
    • i. Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • ii. Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
    • iii. Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • c. Bujang
    • i. Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • ii. Had umur adalah 21-59 tahun; dan
    • iii. Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
    • iv. Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
    • v. Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

TARIKH SALURAN BANTUAN

Sebelum ini, kerajaan ada membuat hebahan bahawa penyaluran untuk Fasa 1 STR akan bermula pada 22 Januari 2025, Rabu kepada penerima. Rujuk jadual dibawah untuk mendapatkan lebih informasi:

TARIKH BAYARAN STR FASA 1JENIS PENERIMAPROSES PEMBAYARAN
STR 2025 FASA 1
Bermula 22 Januari 2025
sehingga
28 Januari 2025
Mempunyai Akaun BankDikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan semasa permohonan
Bermula 22 Januari 2025Tiada Akaun Bank termasuk di Sabah, Sarawak dan W.P Labuan)Pembayaran secara tunai melalui kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN)

JUMLAH BANTUAN STR FASA 1 2025

Bantuan yang disalurkan adalah mengikut kelayakan kategori masing seperti berikut dalam rajah dibawah:

KATEGORI PENERIMABAYARAN
STR 2025 FASA 1
JUMLAH
KESELURUHAN STR 2025
Isi rumah berpendapatan
RM 2,500 ke bawah
(B40)
Semua : RM 500Tiada Anak: RM 1,000
Anak 1-2: RM 1,500
Anak 3-4: RM 2,000
5 dan keatas: RM 2,500
Isi rumah berpendapatan
RM 2,01 hingga RM 5,000
(M40)
RM 150 hingga RM 300
(bergantung bilangan anak)
Tiada Anak: RM 500
Anak 1-2: RM 750
Anak 3-4: RM 1,000
5 dan keatas: RM 1,250
Warga emas tiada pasangan
RM 5,000 dan ke bawah
RM 150RM 600
Bujang
RM 2,500 dan ke bawah
RM 150RM 600

BILANGAN PENERIMA STR FASA 1

Jumlah penerima bantuan STR untuk fasa 1 2025 adalah seramai:

KATEGORI PENERIMABILANGAN PENERIMA
BANTUAN STR 2025 FASA 1
Isi rumah berpendapatan
RM 2,500 ke bawah
(B40)
2.8 juta
Isi rumah berpendapatan
RM 2,01 hingga RM 5,000
(M40)
1.0 juta
Warga emas tiada pasangan
RM 5,000 dan ke bawah
1.3 juta
Bujang
RM 2,500 dan ke bawah
3.2 juta

Catatan: Secara keseluruhan penerima yang layak menerima Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 1 adalah seramai 8.3 juta. Walaubagaimanapun, jumlah penerima bakal bertambah seiring dengan pendekatan permohonan dan rayuan yang dibuka sepanjang tahun 2025.

SEMAK STATUS BANTUAN STR FASA 1

Status kelayakan boleh disemak secara dalam talian sahaja dengan melayari laman rasmi STR seperti ditunjukkan dibawah:

  1. Sila layari laman rasmi STR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
  3. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  4. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  5. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  6. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  7. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  8. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  9. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
  11. Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  12. Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
  13. Status Bayaran Fasa 1 akan dipaparkan.
  14. Selesai.

LUPA KATA LALUAN LOGIN STR

Kata laluan untuk log masuk Portal Rasmi STR boleh ditetapkan semula sekiranya anda terlupa dengan cara berikut:

  1. Tekan pautan Reset Kata Laluan MySTR berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my/TerlupaKataLaluan.aspx?.
  2. Pengguna akan dibawa ke Halaman Soalan Keselamatan.
  3. Masukkan No MyKad.
  4. Klik [Semak].
  5. Masukkan Emel yang berdaftar semasa Permohonan STR dan klik [Seterusnya].
  6. Kata Laluan sementara akan di emelkan pada emel yang didaftarkan.
  7. Check emel dan log masuk semula MySTR.
  8. Isi No. MyKad (12 Digit) dan sila sahkan kata kunci keselamatan.
  9. Masukkan Kata Laluan Sementara yang telah diemelkan dan set semula Kata Laluan Baharu anda.
  10. Setelah berjaya set semula Password, anda boleh log masuk ke Portal MySTR seperti biasa berpandukan toturial cara login STR secara online di atas.
  11. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami sekadar berkongsi informasi mengenai bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan jangkauan orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan STR eKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah:

E-mel : [email protected]

Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747

Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566