Bantuan Tunai 2025 Fasa 1: Cara Semakan Kelayakan STR dan SARA
Kerajaan terus komited memastikan kebajikan rakyat terjaga dengan memperkenalkan bantuan seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Program ini bertujuan meringankan beban kos sara hidup, khususnya kepada golongan rentan dan berpendapatan rendah yang paling terkesan.
Bagaimana cara untuk menyemak sama ada anda layak menerima Bantuan Tunai 2025 Fasa 1? Ikuti panduan lengkap dan info terkini di bawah.

BACA JUGA : https://semakanstr.my/sara-2024-semakan/
JENIS BANTUAN TUNAI 2025
Terdapat dua (2) bentuk Bantuan Tunai yang akan disalurkan sepanjang tahun 2025 ini, iaitu:
- Sumbangan Tunai Rahmah (STR); dan
- Sumbangan Asas Rahmah (SARA)
JUMLAH BANTUAN TUNAI 2025
Kadar bantuan STR dan SARA yang akan diterima oleh penerima seperti berikut:
- Jumlah Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN FASA 1 (RM) |
---|---|
Isi rumah berpendapatan RM 2500 kebawah | RM500 |
Isi rumah berpendapatan RM 2501 hingga RM 5000 | RM150 – RM300 |
Warga emas tiada pasangan berpendapatan RM 5000 dan kebawah | RM 150 |
Bujang berpendapatan RM 2500 dan kebawah | RM 150 |
- Jumlah Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA)
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN (RM) PENERIMA BERSTATUS MISKIN/MISKIN EKASIH | KADAR BANTUAN (RM) PENERIMA BUKAN EKASIH |
---|---|---|
Isi rumah (Ketua Keluarga) | RM 2,100 Bulan Januari – Mac : RM100 Sebulan Bulan April – Disember : RM200 Sebulan | RM 900 Bulan April – Disember : RM100 Sebulan |
Warga emas tiada pasangan (Setiap Individu) | RM 1,650 Bulan Januari – Mac : RM100 Sebulan Bulan April – Disember : RM150 Sebulan | RM 450 Bulan April – Disember : RM50 Sebulan |
Bujang (Setiap Individu) | RM 600 Bulan Januari – Mac : RM50 Sebulan Bulan April – Disember : RM50 Sebulan | – |
JADUAL PENYALURAN BANTUAN TUNAI
Pembayaran STR dan SARA adalah seperti berikut:
JENIS BANTUAN | TARIKH AGIHAN BAYARAN |
---|---|
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 1 | i. Pembayaran Fasa Satu: 22 Januari 2025 ii Pembayaran Fasa Dua sehingga Empat: Tarikh agihan akan dikemaskini apabila diumumkan secara rasmi oleh pihak Kerajaan. |
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) | i. Kategori Miskin dan Miskin Tegar eKasih: Bermula 15 Januari 2025 sehingga Disember 2025 ii. Kategori Bukan eKasih: Bermula April sehingga Disember 2025 |
KAEDAH PENGKREDITAN BANTUAN TUNAI
Bantuan STR dan SARA akan disalurkan seperti berikut:
- Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
JENIS PENERIMA SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR) | KAEDAH PENYALURAN BANTUAN STR |
---|---|
Penerima yang mempunyai Akaun Bank | Pengkreditan ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan. |
Penerima Tiada Akaun Bank atau Status ‘Gagal Kredit’ | Tuntutan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran |
- Sumbangan Asas Rahmah (SARA)
JENIS PENERIMA SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA) | KAEDAH PENYALURAN BANTUAN SARA |
---|---|
Penerima daripada Semenanjung Malaysia & Penerima daripada Negeri Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan | engagihan secara TANPA TUNAI kedalam MyKad (IC) penerima, dan penerima boleh membeli barangan keperluan asas di pasaraya yang terpilih dengan menggunakan MyKad. |
PORTAL SEMAKAN BANTUAN TUNAI 2025
Kaedah semakan bantuan boleh dilakukan melalui dua kaedah seperti berikut:
- Sumbangan Tunai Rahmah (STR) : Di Portal Rasmi MySTR https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Sumbangan Asas Rahmah (SARA) : Di Portal Rasmi MyKasih https://www.mykasih.com.my/
Semakan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Di Portal MySTR:
- Layari Portal Rasmi STR di pautan :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/ - Halaman utama Portal STR akan dipaparkan.
- Pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
- Tekan pada butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
- Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
- [Profile Pemohon] akan dipaparkan.
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Status].
- Maklumat [Status Permohonan STR Fasa 1] dan [Maklumat Pembayaran] akan dipaparkan.
- Selesai.
Semakan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Di Portal MyKasih:
- Klik log masuk MyKasih :
https://www.mykasih.com.my/ - Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
- Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
- Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
- Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Klik [Semak Status].
- Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
[Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih] - Selesai.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
Sumbangan Tunai Rahmah (STR):
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- e-Mel : [email protected]
Sumbangan Asas Rahmah (SARA)
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2025.pdf DAN https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara