Bantuan Tunai Hasil Gov My 2025 Fasa 1: Cara Permohonan & Info Terkini

Bantuan Tunai Hasil Gov My 2025 (Fasa 1)

Terkini! Penyaluran bantuan tunai Fasa 1 untuk tahun 2025 akan dimulakan tidak lama lagi. Walaupun permohonan dibuka sepanjang tahun, permohonan bagi bayaran Fasa 1 akan ditutup pada tarikh tertentu.

Untuk makluman, permohonan kelayakan pembayaran Fasa 1 STR 2025 telah dibuka pada 19 Oktober 2024 dan akan ditutup pada 30 November 2024. Jangan terlepas peluang ini!

Cara Permohonan Bantuan Tunai Hasil Gov My 2025
Bagaimanakah cara membuat permohonan dan menyemak status Bantuan Tunai melalui portal bantuan.tunai.hasil.gov.my? Ketahui panduan lengkap serta langkah mudah di sini.

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

BACA JUGA : https://semakanstr.my/b40-bantuan-ewallet/

SYARAT KELAYAKAN BANTUANTUNAI HASIL GOV MY

Syarat kelayakan permohonan bagi Bantuan STR seperti berikut:

  1. Isi Rumah
    • Kahwin; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
      menepati syarat; dan
    • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  2. Warga Emas Tiada Pasangan
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
    • Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
  3. Bujang
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Berumur 21-59 tahun; dan
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

Catatan : Individu bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas, serta OKU berumur 19 tahun dan ke atas yang masih mengikuti pengajian sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam atau Swasta, hanya boleh untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak atau tanggungan permohonan isi rumah, dan tidak dibenarkan mengemukakan permohonan sebagai individu bujang.

STR 2025

PERMOHONAN BANTUANTUNAI HASIL GOV MY

Kaedah permohonan bantuan STR FASA 1 2025 seperti berikut:

  1. Permohonan Secara Dalam Talian
    • Pemohon boleh mengemukakan permohonan di portal Rasmi STR, di pautan berikut, https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Permohonan Melalui Borang Kertas
    • Borang Permohonan STR (BK-01) boleh didapati di:
    • Portal Rasmi STR ; atau
    • Pejabat LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM

Catatan : Borang STR 2025 yang telah lengkap diisi berserta dokumen sokongan berkaitan boleh diserahkan ke Pejabat LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM. Penghantaran borang secara e-mel adalah tidak diterima.

CARA PERMOHONAN BANTUANTUNAI HASIL GOV MY

Panduan lengkap permohonan STR 2025 secara online adalah seperti berikut:

  1. Layari portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025.
  2. Klik butang Permohonan Baharu bagi membuat Permohonan Baharu.
  3. Lengkapkan maklumat Permohonan.
  4. Pemohon hendaklah mengisi maklumat, pemohon, pasangan, anak, waris dengan tepat dan lengkap. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
  5. Klik butang TERUSKAN setelah semua maklumat diisi dengan lengkap.
  6. Seterusnya isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan pada menu Pengesahan dan klik butang Sahkan Captcha.
  7. Kemudian paparan Perakuan Pemohon akan dipaparkan. Sila pastikan maklumat yang dipaparkan tepat kemudian Tick [/] butang berikut.
  8. Klik butang Hantar bagi meneruskan permohonan. Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan berikut akan dipaparkan:
    • Klik butang YA jika ingin membuat pendaftaran ID MySTR. Rujuk Panduan Pengguna Daftar MySTR 2025.
    • Klik butang KEMUDIAN jika tidak ingin membuat pendaftaran ID MySTR.
    • Klik butang CETAK jika ingin membuat cetakan salinan permohonan.
  9. Setelah permohonan Berjaya dihantar, paparan pengesahan pemohon akan dipaparkan. Pemohon boleh klik butang Cetak jika ingin membuat Cetakan Salinan permohonan.

KEMASKINI BANTUANTUNAI HASIL GOV MY

Panduan lengkap kemaskini STR 2025 secara atas talian seperti berikut:

  1. Layari portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Masukkan nombor kad pengenalan.
  3. Klik butang Log Masuk.
  4. Sahkan kod keselamatan dan masukkan kata laluan anda. Jika masih belum mendaftar, pastikan anda mendaftar akaun baru terlebih dahulu.
  5. Untuk sebarang perubahan maklumat asas, pilih menu “Perubahan Maklumat Asas”.
  6. Kemaskini maklumat asas seperti berikut dengan maklumat terkini:
    • No. Telefon Rumah
    • No. Telefon Bimbit
    • Maklumat Alamat Surat Menyurat
    • Alamat e-Mel
    • Maklumat No Telefon Pasangan
    • Maklumat Waris
  7. Kemudian, klik “Simpan”.
  8. Selesai.

SEMAKAN STATUS BANTUAN

Panduan lengkap semakan status permohonan dan bayaran boleh dibuat seperti berikut:

  1. Klik log masuk MySTR
  2. Masukkan Nombor MyKad Pemohon
  3. Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  4. Masukkan Kata Laluan
  5. Klik Semakan Status
  6. Maklumat yang akan dipaparkan:
    • Status Permohonan
    • Maklumat Pembayaran (Jika Ada)

TARIKH PERMOHONAN

Permohonan kini telah dibuka pada 19 Oktober 2024, dan dibuka SEPANJANG TAHUN.

TARIKH BAYARAN FASA 1

Tarikh rasmi pembayaran bantuan Fasa 1 STR 2025 belum dikeluarkan. Sebarang maklumat terkini berkenaan tarikh rasmi bayaran bantuan, kami akan kemaskini apabila diumumkan oleh pihak kerajaan.

Namun, permohonan bagi kelayakan bayaran Fasa 1 STR 2025 dibuka sehingga 30 November 2024.

JUMLAH BANTUAN

Kadar bantuan STR 2025 yang diberikan adalah mengikut kategori seperti di bawah:

KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN (RM)
Isi rumah berpendapatan
RM 2500 kebawah
Tiada Anak : RM 1000
Anak 1-2 : RM 1500
Anak 3-4 : RM 2000
5 dan keatas: RM 2500
Isi rumah berpendapatan
RM 2501 hingga RM 5000
Tiada Anak : RM 500
Anak 1-2 : RM 750
Anak 3-4 : RM 1000
5 dan keatas: RM 1250
Warga emas tiada pasangan
RM 5000 dan kebawah
RM 600
Bujang
RM 2500 dan kebawah
RM 600

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Pihak kami sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan Malaysia yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.

Portal Rasmi Hasil: https://www.hasil.gov.my/hubungi-kami/
Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
e-Mel : [email protected]