Bantuan Barangan Dapur RM200 2025: Semakan Status Kelayakan Melalui MyKad

Bantuan Barangan Dapur RM200 2025 melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kini boleh disemak oleh penerima yang layak. Bantuan ini disalurkan setiap bulan secara automatik melalui MyKad dan membolehkan penerima membeli barang keperluan asas seperti makanan harian dan barangan dapur di pasar raya terpilih.

Adakah anda salah seorang penerima? Ketahui cara semak status kelayakan Bantuan RM200 MyKad 2025, senarai penerima, dan info penting berkaitan bantuan ini di bawah.

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

BANTUAN BARANG DAPUR RM200

BACA JUGA : Semakan Status MyKasih SARA 2025

SYARAT PENERIMA BANTUAN BARANG DAPUR RM200

Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA kategori eKasih:

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025;
  • Kategori Isi Rumah;
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2024.

JUMLAH BAYARAN UNTUK PEMBELIAN BARANG DAPUR

Kadar bantuan yang akan disalurkan kepada penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 berstatus eKasih seperti berikut:

PENERIMA BERSTATUS
MISKIN/MISKIN TEGAR EKASIH
AMAUN BAYARAN
MENGIKUT BULAN (RM)
Isi RumahRM200/bulan
(bermula April – Disember)
Warga Emas Tiada PasanganRM150/bulan
(bermula April – Disember)
BujangRM50/bulan
(bermula Januari – Disember)

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN

Status penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) eKasih boleh disemak seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi MyKasih Di Pautan : https://www.mykasih.com.my/
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
  3. Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
  4. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  5. Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  6. Klik [Semak Status].
  7. Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Pembayaran akan dipapar :
    [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]
  8. Selesai.

SENARAI BARANG DAPUR YANG LULUS PEMBAYARAN MYKAD RM200

Berikut merupakan barangan keperluan asas yang diluluskan pembayaran menggunakan MyKad:

  • Beras : Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya
  • Roti : Gardenia / Massimo / Mighty White
  • Telur : Nutriplus / QL eggs / CP
  • Minyak Masak : Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit
  • Tepung : Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey
  • Biskut : Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng
  • Mi segera : Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap
  • Minuman : Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf
  • Makanan dalam tin : Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / Tc Boy / King Cup
  • Bahan perasa : Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta

CARA PEMBELIAN BARANG DAPUR RM200 GUNA MYKAD

Barangan dapur boleh didapati di pasaraya dengan pembayaran menggunakan MyKad seperti berikut:

  1. Pilih Barangan Dapur yang mempunyai label SARA MyKasih di rak tanda harga.
  2. Juruwang mengimbas kod setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  3. Bayar Menggunakan MyKad
    Penerima SARA MyKasih hendaklah memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian dan membuat pembayaran menggunakan MyKad.
  4. Simpan Resit untuk tujuan semakan transaksi pembelian.

Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.

CHECK BAKI BANTUAN RM200 DALAM MYKAD 2025

Baki duit Bantuan Dalam MyKad boleh dilakukan melalui tiga (3) kaedah seperti berikut:

  • Aplikasi Touch ‘n Go eWallet; atau
  • Mesin Kiosk Touch ‘n Go; atau
  • Mesin Tambah Nilai di Stesen Minyak atau Kedai Serbaneka.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara