Senarai Barangan MyKasih SARA 2025: Barang Diluluskan Sumbangan Asas Rahmah

Senarai Barangan MyKasih SARA 2025 yang Diluluskan

Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dinasihatkan untuk merujuk senarai barangan MyKasih yang diluluskan sebelum membuat pembelian. Ini penting bagi memastikan setiap barang MyKasih SARA yang dibeli menggunakan bantuan ini termasuk dalam kategori keperluan asas yang dibenarkan. Semakan awal senarai ini membantu mengelakkan sebarang kekeliruan semasa penggunaan bantuan di pasar raya terpilih.

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

Syarat Kelayakan

Kelayakan SARA 2025 adalah terhad kepada:

SARA Miskin Tegar dan Miskin eKasih

  • Warganegara Malaysia; dan
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2024 atau pada tarikh data semakan berkala.

SARA Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan STR 2025

Trending sekarang

  • Warganegara Malaysia; dan
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan.

Semakan rekod eKasih akan dibuat secara berkala terhadap penerima sedia ada STR yang tiada dalam rekod Miskin tegar / Miskin eKasih 31 Oktober 2024 dengan ketetapan seperti berikut:

  • Data eKasih 31 Januari 2025 (layak SARA 2025 mulai Januari 2025) – keputusan kelayakan dan pembayaran adalah pada April 2025.
  • Data eKasih 30 April 2025 (layak SARA 2025 mulai April 2025) – keputusan kelayakan dan pembayaran adalah pada Julai 2025.
  • Data eKasih 31 Julai 2025 (layak SARA 2025 mulai Julai 2025) – keputusan kelayakan dan pembayaran adalah pada Oktober 2025.
  • Data eKasih 30 Oktober 2025 (layak SARA 2025 mulai Oktober 2025) – keputusan kelayakan dan pembayaran adalah pada November 2025.
barangan mykasih

Amaun Kelayakan

Kelayakan amaun SARA 2025 adalah seperti berikut:

Kategori Penerima STR 2025Penerima STR 2025 berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasihPenerima STR 2025 selain Miskin dan Miskin Tegar eKasih
Isi Rumah (Tiada had umur)RM2,100 RM100/bulan (Januari – Mac) RM200/bulan (April – Disember)RM900 RM100/bulan (April – Disember)
Warga Emas Tiada PasanganRM1,650 RM100/bulan (Januari – Mac) RM150/bulan (April – Disember)RM450 RM50/bulan (April – Disember)
Bujang (21-59 tahun)RM600 RM50/bulan (Januari – Disember)

Nota : Amaun kelayakan SARA 2025 adalah tertakluk kepada masa permohonan STR 2025 diluluskan.

14 Kategori / Senarai Barangan MyKasih Yang Diluluskan

Berita baik untuk penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA)!

Trending sekarang

Batuk Kokol Mudah Berjangkit, AWAS! Kenali Simptom & Rawatan

Mulai 1 Mei 2025, kategori barangan di bawah SARA akan diperluas kepada produk kebersihan rumah!

Lepas ini, bolehlah gunakan kredit SARA untuk membeli barangan seperti sabun atau serbuk pencuci pakaian, sabun pinggan mangkuk, dan pencuci lantai.

Lebih banyak pilihan, lebih mudah urus perbelanjaan isi rumah. Kadang-kadang benda kecil pun boleh buat hidup rasa lebih ringan, kan?

Guna aje MyKad bila beli!

Info SARA: https://bantuantunai.hasil.gov.my

Senarai barangan yang boleh dibeli terdiri daripada 14 kategori produk yang diluluskan beserta contoh jenama yang tersenarai :

  1. Beras
    • Jasmine
    • Jati
    • Saga
    • Bernas
    • Faiza
    • Beras Wangi Cap Rambutan
    • Cap Gajah
    • Cap Masjid
  2. Roti
    • Gardenia
    • Massimo
    • Mighty White
  3. Telur
    • CP
    • NutriPlus
    • QL Eggs
  4. Minyak masak
    • Alif
    • Knife
    • Saji
    • Daisy
    • Seri Murni
    • Buruh
    • Vesawit
  5. Tepung
    • Blue Key
    • Cap Sauh
    • Faiza
    • MFM
    • Cap Ros
  6. Biskut
    • Munchy’s
    • Tiger
    • Chipsmore
    • Hwa Tai
    • Julie’s
    • KERK
    • Kraft Foods
    • Jacob’s
    • Hup Seng
  7. Mi segera
    • Indomie
    • Maggi
    • Mamee
    • Mi Sedaap
    • Cintan
    • Econsave
  8. Minuman
    • Dutch Lady
    • MILO
    • BOH
    • Nescafé
    • F&N
    • Fernleaf
    • Marigold
    • Horlicks
    • Quaker
    • Vico
  9. Makanan dalam tin
    • TC Boy
    • Ayam Brand
    • Adabi
    • Yeo’s
    • Kimball
    • King Cup
  10. Bahan perasa
    • Puteri
    • Kimball
    • Maggi
    • Tamin
    • Adabi
    • Faiza
    • Planta
    • Life
    • Jalen
    • Cukup Rasa (Maggi)
    • Serbuk Kari Babas
    • Serbuk Kari Mak Siti
    • CSR
  11. Produk kebersihan
    • Colgate
    • Kotex
    • Dettol
  12. Ubat-ubatan
    • Prospan
    • Hurix’s
    • Strepsils
    • Sterimar
    • Panadol
    • Difflam
  13. Barangan persekolahan
    • Stabilo
    • Faber-Castell
    • Staedtler
    • Bata
    • Campap
    • Canggih
  14. Barangan Kebersihan Rumah (TERKINI)
    • Sabun / serbuk pencuci pakaian
    • Sabun pinggan mangkuk
    • Pencuci lantai

Cara Semak Barangan MyKasih

Ramai juga tertanya-tanya, kadang-kadang tu jenama barangan yang dipamerkan dalam poster tu tak ada di kedai. Jadi, bolehkah beli jenama lain?

Adakah ia layak untuk dibayar menggunakan wang bantuan MyKasih nanti?

Ini cara nak check barang yang layak untuk pembelian menggunakan aplikasi MyKasih :Sumber: Econsave Kota Tinggi

@econsavekotatinggi

Scan barcode dekat barang je, settle! Kan senang #mykasih #sara #fyp #econsave #kotatinggi #foryou #shopping #sumbangan #sumbanganasasrahmah

Trending sekarang

Doa Haji Mabrur & Tanda-tanda Haji Mabrur♬ suara asli – TEMPLATE CAPCUT – TEMPLATE CAPCUT

Kaedah Pembelian Barangan MyKasih

Kaedah pembelian barang boleh dibuat seperti berikut:

  1. Pilih Barangan Keperluan
    Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
  2. Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan
    Juruwang menyemak status MyKad penerima bantuan.
  3. Imbas Kod Barangan
    Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  4. Bayar Menggunakan MyKad
    Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
  5. Simpan Resit Untuk Semakan
    Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.

Rujuk video berikut untuk memudahkan anda :Sumber: Econsave Kuala Terengganu

Penerima bantuan MyKasih, ini berita baik untuk anda! Kini, anda boleh menggunakan dana MyKasih untuk membeli barang keperluan harian di Segi Fresh, Ehsan Segi Fresh & D’Mart Segi Fresh. Mudah dan cepat! Cara nak guna MyKasih? Senang je! Pergi ke Stor Segi Fresh, Ehsan Segi Fresh atau D’Mart Segi Fresh terdekat. Pilih barang yang anda perlukan. Tunjukkan MyKad dan bayar guna MyKasih. Jom, manfaatkan kemudahan ini sekarang!  #MyKasih #SegiFresh #PilihFreshPilihSegi♬ original sound – Segi Fresh – Segi Fresh

Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (MySara) kini di semua cawangan TF Value-Mart~ Banyak betul produk yang terdapat di dalam kategori MyKasih. Dapatkan info selanjutnya di https://www.mykasih.com.my/ ! Jom singgah di mana-mana cawangan TF Value-Mart sekarang! #tfvaluemart #TFValueMartSetiapHari #tfvm #ThorbaekFreshUntukFamili #MyKasih♬ original sound – TF Value-Mart Official – TF Value-Mart Official

Info Lanjut Barangan MyKasih

Semak kelayakan di laman web kami: www.mykasih.com.my di bawah bahagian “Semak Kelayakan” dan lihat jumlah bantuan yang diterima setiap bulan.

Jika didapati tiada rekod ditemui, boleh memohon di laman web STR LHDN: https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Maklumat lanjut mengenai program SARA boleh didapati di laman web kami: https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/

Boleh juga menonton video YouTube di saluran Yayasan MyKasih bertajuk “SARA 2025”: https://youtu.be/hxYmi0OZPEg?si=Q82TgWxE4j9wTcAM

Soalan lazim mengenai bantuan in boleh dirujuk melalui lampiran di bawah:

Leave a Comment