Bayaran Bantuan Sabah Prihatin 2025: Semakan Status Kelayakan Penerima RM900
Kos sara hidup yang semakin meningkat memberi tekanan kepada golongan miskin dan miskin tegar. Oleh itu, Kerajaan Negeri Sabah telah memperuntukkan sebanyak RM358.5 juta bagi membantu rakyat melalui Bantuan Sabah Prihatin 2025.
Adakah anda layak menerima bayaran RM900 daripada bantuan ini? Ketahui cara semakan status kelayakan dan maklumat lanjut di bawah!
Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

BACA JUGA : https://semakanstr.my/sara-bukan-ekasih/
TARIKH BAYARAN BANTUAN SABAH PRIHATIN 2025
Pembayaran Bantuan Sabah Prihatin adalah secara elaun bulanan dan bulan pertama (1) dibayar bermula pada tarikh :
PERKARA | TARIKH BAYARAN |
---|---|
Bantuan Sabah Prihatin | 17 Februari 2025, Isnin |
*Nota : Tarikh bayaran pada bulan seterusnya akan dimaklumkan oleh Kerajaan Negeri Sabah dari semasa ke semasa.
JUMLAH BAYARAN BANTUAN SABAH PRIHATIN 2025
Jumlah Bantuan Sabah Prihatin yang dibayar secara elaun bulanan adalah sebanyak RM300 setiap bulan. Namun, pembayaran yang pertama (1) dibayar dengan jumlah sebanyak RM900 untuk selama 3 bulan terus kepada penerima yang layak.
BILANGAN PENERIMA BAYARAN BANTUAN SABAH PRIHATIN 2025
Penerima yang layak menerima bayaran Bantuan Sabah Prihatin yang pertama (1) adalah seramai 100,000 ribu rakyat Sabah merangkumi ketua isi rumah dan ahli keluarga yang berumur 18 tahun dan ke atas terdiri daripada golongan miskin dan miskin tegar.
SEMAKAN STATUS KELAYAKAN BAYARAN BANTUAN SABAH PRIHATIN 2025
PERKARA | PAUTAN |
---|---|
PORTAL RASMI SEMAKAN STATUS | https://ekasih2.icu.gov.my/ |
- Layari pautan Portal Rasmi Semakan Status di atas.
- Masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan ‘No.KP’ tanpa (-) contoh : 84XXXXXXXXXX.
- Masukkan kod kaptcha yang betul berdasarkan imej yang dipaparkan.
- Seterusnya, klik pada butang [Klik Untuk Carian].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
KRITERIA KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SABAH PRIHATIN 2025
Penerima bayaran Bantuan Sabah Prihatin mestilah menepati kriteri kelayakan berikut :
- Pendapatan : Ketua isi rumah atau ahli keluarga mestilah tergolong dalam kategori miskin tegar atau miskin eKasih.
- Warganegara : Pemohon mestilah rakyat Malaysia yang bermastautin di Sabah berstatus ‘H’.
- Umur : Pemohon hendaklah berumur 18 tahun ke atas.
- Alamat Tetap : Pemohon perlu mempunyai alamat tetap yang berdaftar di Sabah.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan Sabah, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.tvsarawak.my/2024/11/15/belanjawan-sabah-2025-bantuan-rm300-sebulan-untuk-golongan-miskin-dan-miskin-tegar/.