Pembayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di bawah program MyKasih bagi tahun 2025 dilaksanakan secara berperingkat dalam dua sesi utama. Sesi pertama meliputi bayaran dari Januari hingga Mac, manakala sesi kedua berlangsung dari April hingga Disember. Bantuan ini diberikan dalam jumlah RM200, RM100, atau RM50 bergantung kepada kelayakan penerima.
Bagaimana cara menyemak status kelayakan penerima bayaran MyKasih 2025? Ikuti panduan lengkap di bawah untuk maklumat lanjut.
Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

BACA JUGA : MyKasih SARA Semak 2025
SENARAI MANFAAT BANTUAN MYKASIH 2025
Berikut merupakan senarai manfaat Bantuan MyKasih pada tahun 2025 :
- Bantuan SARA MyKasih dikreditkan setiap bulan secara automatik ke dalam kad pengenalan penerima;
- Penerima boleh menggunakan kad pengenalan untuk pembayaran barangan keperluan asas;
- Penerima boleh memilih 13 jenis barangan keperluan asas yang ingin dibeli dengan menggunakan Bantuan SARA MyKasih;
- Baki bantuan dalam kad pengenalan akan dibawa ke bulan seterusnya sekiranya tidak digunakan pada bulan semasa;
- Sah digunakan sehingga 31 Disember 2025.
BILANGAN PENERIMA BAYARAN MYKASIH 2025
Terdapat pertambahan bilangan penerima Bantuan SARA MyKasih bagi sesi 2025 seperti berikut :
PENERIMA SEDIA ADA | PENERIMA BAHARU |
---|---|
0.7 juta penerima | 4.7 juta penerima |
*Menjadikan bilangan keseluruhan penerima yang layak pada tahun ini seramai 5.4 juta.
NILAI BAYARAN MYKASIH 2025
Setiap kategori akan menerima nilai Bantuan SARA MyKasih yang berbeza seperti berikut :
- KATEGORI ISI RUMAH :
ISI RUMAH SEDIA ADA | ISI RUMAH BAHARU |
---|---|
RM2,100 setahun (Sesi 1 : RM100 sebulan) (Sesi 2 : RM200 sebulan) | RM900 setahun (Sesi 2 : RM100 sebulan) |
- KATEGORI WARGA EMAS :
WARGA EMAS SEDIA ADA | WARGA EMAS BAHARU |
---|---|
RM1,650 setahun (Sesi 1 : RM100 sebulan) (Sesi 2 : RM150 sebulan) | RM450 setahun (Sesi 2 : RM50 sebulan) |
- KATEGORI BUJANG :
BUJANG SEDIA ADA | BUJANG BAHARU |
---|---|
RM600 setahun (Sesi 1 & 2 : RM50 sebulan) | Tiada |
JADUAL BAYARAN MYKASIH 2025
Bayaran Bantuan SARA MyKasih bagi sesi 2025 adalah secara ansur setiap bulan dijadualkan seperti berikut :
KELAYAKAN PENERIMA | TARIKH BAYARAN SESI PERTAMA (1) | TARIKH BAYARAN SESI KEDUA (2) |
---|---|---|
Penerima Sedia Ada | 15 Januari 2025 sehingga 1 Mac 2025 | 1 April 2025 sehingga 1 Disember 2025 |
Penerima Baharu | – | 1 April 2025 sehingga 1 Disember 2025 |
SEMAKAN KELAYAKAN BAYARAN MYKASIH 2025
Untuk mengetahui anda layak atau tidak menerima pembayaran Bantuan SARA MyKasih sesi 2025, terdapat dua (2) cara :
- Melalui Portal Rasmi MyKasih; atau
- Melalui Aplikasi MyKasih.
Ikuti panduan cara semak kelayakan seperti berikut :
- Panduan Cara Semak Kelayakan Bayaran MyKasih Melalui Portal Rasmi :
- Sila layari Portal Rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
- Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Log masuk ke portal rasmi MySTR.
- Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
Atau semak kelayakan seperti berikut :
- Panduan Cara Semak Kelayakan Bayaran MyKasih Melalui Aplikasi :
- Muat turun aplikasi MyKasih di app store / google play dalam telefon bimbit anda.
- Setelah selesai muat turun, klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
- Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
- Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
- Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
- Klik pada butang [Next] di bawah.
- Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.