Bayaran MyKasih Fasa 2 Februari 2025: Semak Kelayakan RM50 & RM100

Bayaran MyKasih Fasa Februari 2025: Semakan Status Kelayakan (RM50 & RM100)

Pembayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) melalui Program MyKasih dilakukan secara berperingkat sepanjang tahun 2025. Fasa pertama telah selesai dengan lebih 700,000 penerima, dan kini Fasa Kedua (2) akan disalurkan pada Februari 2025. Bantuan ini merangkumi bayaran sebanyak RM50 atau RM100, bergantung kepada kelayakan penerima.

Semak status kelayakan dan tarikh bayaran MyKasih Februari 2025 melalui panduan lengkap di bawah!

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

BAYARAN MYKASIH FASA FEBRUARI 2025

BACA JUGA : https://semakanstr.my/kemaskini-str-2025-online/

BILANGAN PENERIMA BAYARAN MYKASIH FASA FEBRUARI 2025

Penerima bayaran Bantuan SARA MyKasih bagi Fasa Februari adalah kira-kira seramai 700,000 individu yang merupakan penerima sedia ada merangkumi golongan isi rumah, warga emas dan juga bujang berstatus miskin dan miskin tegar.

TARIKH BAYARAN MYKASIH FASA FEBRUARI 2025

Pembayaran Bantuan SARA MyKasih Fasa kedua (2) adalah pada :

PERKARATARIKH BAYARAN
MYKASIH BANTUAN SARAFebruari 2025
(Belum diumumkan)

*Nota : Tarikh akan dikemaskini dari semasa ke semasa apabila ianya telah diumumkan secara rasmi oleh kerajaan.

JUMLAH BAYARAN MYKASIH FASA FEBRUARI 2025

Jumlah Bantuan SARA MyKasih yang akan dibayar pada bulan Februari kepada setiap kategori adalah sebanyak :

KATEGORI PENERIMAJUMLAH BAYARAN
BANTUAN MYKASIH
FASA FEBRUARI 2025
ISI RUMAH (Miskin & Miskin Tegar)RM100
WARGA EMAS (Miskin & Miskin Tegar)RM100
BUJANG (Miskin & Miskin Tegar)RM50

KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN MYKASIH FASA FEBRUARI 2025

Pembayaran Bantuan SARA MyKasih untuk Fasa Februari adalah khas kepada rakyat Malaysia yang berkelayakan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) sehingga 31 Oktober 2024.

SEMAKAN STATUS PENERIMA BAYARAN MYKASIH FASA FEBRUARI 2025

Terdapat dua (2) pautan portal rasmi yang boleh diakses untuk semakan status penerima, iaitu melalui :

  • Portal Rasmi MyKasih; atau
  • Porta Rasmi STR.

Ikuti kedua-dua panduan semakan status berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
  4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
  6. Selesai.

Sekiranya status memaparkan ‘Tiada Rekod Ditemui, klik pada butang [Semak Kelayakan].

  1. Halaman utama Portal Rasmi STR akan dipaparkan, klik [TUTUP] pemakluman terkini.
  2. Seterusnya, masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  3. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  4. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  5. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  6. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  7. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  8. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
  10. Status bayaran [Bantuan SARA] akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’.
  11. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.