Bayaran Sarawak Pay 2025: Semakan Kelayakan SKAS RM250, RM400 & RM800
Kerajaan Sarawak memperkenalkan Sumbangan Keperluan Asas Rakyat Sarawak (SKAS) bagi membantu rakyat dengan bayaran RM250, RM400, dan RM800 dalam bentuk bantuan makanan asas. Pembayaran disalurkan melalui aplikasi Sarawak Pay untuk memudahkan penerima.
Bagaimana cara semakan status kelayakan Bayaran Sarawak Pay 2025? Ikuti panduan lengkap di sini!
Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

BACA JUGA : https://semakanstr.my/semakan-sara-2025/
TARIKH PENGKREDITAN BAYARAN SARAWAK KEPADA PENERIMA
Pembayaran Bantuan SKAS Sarawak dijadualkan seperti berikut:
JENIS BANTUAN | TARIKH PEMBAYARAN |
---|---|
Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) | 18 Februari 2025 (Selasa) |
PENYALURAN BANTUAN SARAWAK KEPADA PENERIMA
Untuk makluman, bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) akan dikreditkan dalam bentuk baucar digital Sarawak iaitu SARAWAK PAY atau TERKINI dinamakan sebagai S PAY GLOBAL khusus untuk penerima yang layak untuk membeli barangan keperluan asas seperti beras, tepung, dan minyak masak.
Bagi memastikan kelancaran penerimaan bayaran tanpa sebarang masalah, penerima disarankan untuk memastikan akaun S PAY GLOBAL mereka aktif dan maklumat peribadi dikemas kini.
SYARAT KELAYAKAN BAYARAN BANTUAN SARAWAK 2025
Kelayakan permohonan dan penerima bantuan SKAS 2025 seperti:
- Syarat Umum
- Warganegara Malaysia dengan Kad Pengenalan berstatus ‘K’.
- Beralamat dan menetap di Sarawak.
- Maklumat penerima berdasarkan data Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang dikemaskini sehingga Fasa 4, 2024.
- Kategori Penerima
- Isi Rumah
- Berkahwin; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang mempunyai tanggungan (anak/ibu bapa).
- Pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah.
- Tiada had umur.
- Bujang
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tiada tanggungan.
- Pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah.
- Had umur 21-59 tahun.
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas.
- Bukan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) sepenuh masa.
- Warga Emas
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tiada anak.
- Pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah.
- Had umur 60 tahun dan ke atas.
- Isi Rumah
PANDUAN CHECK STATUS PENERIMA BAYARAN SARAWAK
Semakan status kelayakan secara online adalah seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi Kerajaan Sarawak di sini: https://sarawak.gov.my/
- Kemudian, klik pada “Semak Kelayakan SKAS”.
- Seterusnya, anda dikehendaki [Log Masuk] menggunakan Sarawak ID anda. Sekiranya anda belum mendaftar, anda boleh membuat pendaftaran terlebih dahulu di laman portal yang sama.
- Kemudian, Masukkan [Nombor Kad Pengenalan] anda di ruangan yang disediakan untuk membuat semakan status.
- Seterusnya, [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Pembayaran] berserta Tarikh Pembayaran akan dipaparkan sama ada anda ‘LULUS’ atau ‘TIDAK’ sebagai penerima bantuan SKAS SARAWAK.
- Selesai.
JUMLAH BANTUAN SARAWAK 2025
Kadar bantuan yang diberikan mengikut kategori seperti di bawah:
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN (RM) |
---|---|
Isi rumah berpendapatan RM5,000 dan kebawah | RM800 |
Warga emas tanpa pasangan dan anak berpendapatan RM5,000 dan kebawah | RM400 |
Bujang Berpendapatan RM2,500 dan kebawah | RM250 |
PERMOHONAN BANTUAN SARAWAK 2025
Bantuan SKAS Sarawak tidak memerlukan sebarang permohon. Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4, 2024 yang memenuhi syarat penerima bantuan SKAS akan disenarai sebagai penerima bantuan SKAS secara automatik, dan layak menerima bayaran ini melalui aplikasi S PAY GLOBAL.
CARA PENGAKTIFAN AKAUN SARAWAK PAY (S PAY GLOBAL)
Jika anda belum mempunyai akaun S PAY GLOBAL, langkah pendaftaran dan pengaktifan akaun S PAY GLOBAL seperti berikut:
- Muat Turun Aplikasi S PAY GLOBAL dari Google Play Store (pengguna Android) atau Apple App Store (pengguna iOS).
- Setelah selesai muat turun, buka aplikasi dan pilih “Daftar Akaun Baru”.
- Kemudian, masukkan maklumat peribadi yang diperlukan dengan pada bahagian pendaftaran.
- Setelah itu, pengesahan akaun perlu dilakukan. Ikuti arahan untuk pengesahan akaun melalui emel atau SMS.
- Seterusnya, kemas Kini Maklumat dan pastikan maklumat peribadi seperti nombor akaun bank dan alamat untuk memastikan proses pembayaran berjalan lancar.
- Selesai.
RUJUKAN
Sebarang soalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS), anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
SKAS Sarawak
- Pusat Talikhidmat: +6082-555999
- e-Mel: [email protected]
S PAY GLOBAL
- Pusat Talikhidmat: +6082-224599
- e-Mel: [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/0/757/