Bila Bayar STR Fasa 2 2025? Semakan Kelayakan & Tarikh Pembayaran

Pada tahun 2025, pemberian tunai melalui Sumbangan Tunai Rahmah (STR) diperkukuh dengan peruntukan lebih besar bagi memastikan lebih ramai rakyat yang layak menerima manfaat. Pembayaran STR dilakukan secara berfasa untuk membantu golongan yang memerlukan, terutama menjelang musim perayaan dan keperluan mendesak.

Bila tarikh bayaran STR Fasa 2 2025? Semak status kelayakan dan jadual pembayaran lengkap di bawah.

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

BILA BAYAR FASA 2 STR 2025

BACA JUGA : MyKasih SARA Semak 2025

SYARAT LULUS BANTUAN FASA 2 STR 2025

Syarat dan Kategori Kelayakan Bantuan STR 2025 mestilah terdiri daripada :

  1. Isi Rumah
    • Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
      menepati syarat;
    • Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  2. Warga Emas Tiada Pasangan
    • Bujang; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
    • Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
    • Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
  3. Bujang
    • Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Berumur 21-59 tahun; dan
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

TARIKH BILA FASA 2 STR 2025 DI BAYAR

Pembayaran Bantuan STR 2025 seperti berikut:

FASA BAYARANTARIKH PEMBAYARAN
Pembayaran Fasa 2Pembayaran STR Fasa 2 dijangka akan dilaksanakan pada 3 April 2025.

Namun begitu, jika terdapat sebarang perubahan terkini mengenai tarikh sebenar bayaran, pihak kami akan maklumkan dan kemaskini dari semasa ke semasa.

SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN STR 2025 SECARA ONLINE

Status Bantuan STR 2025 ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’ boleh disemak secara online di Portal Rasmi STR seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi STR di pautan :
    https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Halaman utama Portal STR akan dipaparkan.
  3. Pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
  4. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
  5. Tekan pada butang [Log Masuk].
  6. Seterusnya, klik [Semak].
  7. ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
  8. Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
  9. Masukkan kata laluan yang betul.
  10. Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
  11. [Profile Pemohon] akan dipaparkan.
  12. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Status].
  13. Maklumat [Status Permohonan STR] dan [Maklumat Pembayaran] akan dipaparkan LULUS atau TIDAK.
  14. Selesai.

AMAUN FASA 2 STR 2025 DI BAYAR

Jumlah pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 2025 masih belum diumumkan. Maklumat mengenai pembayaran akan dikemaskini dari masa ke semasa.

CARA FASA 2 STR 2025 DI BAYAR

Bantuan STR 2025 akan disalurkan seperti berikut:

  • Pengkreditan ke akaun bank penerima:
    Bantuan tunai akan disalurkan terus ke dalam akaun penerima atau pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan; ATAU
  • Secara Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN):
    Bagi penerima yang tidak memiliki akaun bank atau status pengkreditan ‘gagal kredit’ bayaran boleh diambil secara tunai di kaunter BSN berdekatan di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2025.pdf