Ramai penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 menantikan bayaran Fasa 2 selepas fasa pertama berjaya disalurkan kepada 8.3 juta penerima.
Bilakah bayaran STR Fasa 2 akan masuk? Bagaimana cara untuk menyemak status kelayakan? Ketahui tarikh pembayaran dan panduan lengkap semakan di sini.
Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

BACA JUGA : STR Fasa 2 2025: Tarikh Bayaran & Semakan Kelayakan Penerima
BILA MASUK STR FASA 2 2025
Tarikh bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa kedua (2) adalah dijangka pada :
PERKARA | TARIKH BAYARAN |
---|---|
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa Kedua (2) | Bermula 3 April 2025 dan berperingkat |
*Nota : sekiranya berlaku perubahan tarikh bayaran, pihak kami akan kemaskini dari semasa ke semasa.
BERAPA JUMLAH MASUK STR FASA 2 2025
Jumlah bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa kedua (2) adalah seperti berikut :
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BAYARAN STR FASA 2 2025 |
---|---|
Isi Rumah B40 (Pendapatan Bawah RM2,500) | Bergantung bilangan anak : RM150 hingga RM650 |
Isi Rumah M40 (Pendapatan RM2,501-RM5,000) | Bergantung bilangan anak : RM100 hingga RM300 |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM150 |
Bujang | RM150 |
*Penerima sedia dan penerima baharu perlu menyemak jumlah fasa kedua (2) di portal rasmi di bawah.
BAGAIMANA BAYARAN MASUK STR FASA 2025
Bayaran masuk Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa kedua (2) masih sama seperti sebelum ini, iaitu :
JENIS PENERIMA | CARA BAYARAN STR |
---|---|
Penerima Ada Akaun Bank | Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan |
Penerima Tiada Akaun Bank | Perlu dituntu di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat |
SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA STR FASA 2 2025
Ketahui status kelayakan anda menerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa kedua (2) melalui semakan berikut :
- Sila layari laman rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status Bayaran Fasa 2 akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/FAQ%20PEMBAYARAN%20STR%202025%20FASA%201.pdf.