Bila Tarikh Bayaran STR Fasa 1 2025? Semakan Status Penerima Layak atau Tidak

Kerajaan telah memperuntukkan RM13 bilion melalui Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi membantu rakyat berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40). Ini adalah jumlah tertinggi dalam sejarah, mencerminkan komitmen untuk meringankan beban kewangan rakyat.

Bilakah tarikh bayaran STR Fasa 1 2025 dan bagaimana cara membuat semakan status penerima? Ketahui maklumat lengkap, panduan, dan langkah penting dalam artikel ini.

STR FASA 1

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

BACA JUGA : https://semakanstr.my/sara-2024-semakan/

BERAPA JUMLAH BAYARAN STR

Jumlah bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah bergantung kepada kategori kelayakan penerima seperti berikut :

KATEGORI PENERIMAJUMLAH BAYARAN
STR 2025
Isi Rumah Pendapatan
Bawah RM2,500
(B40)
Tiada anak : RM1000
1 – 2 anak : RM1500
3 – 4 anak : RM2000
5 ke atas : RM2500
Isi Rumah Pendapatan
RM2,501 – RM5,000
(M40)
Tiada anak : RM500
1 – 2 anak : RM750
3 – 4 anak : RM1000
5 ke atas : RM1250
Warga Emas Tiada PasanganRM600
BujangRM600

*Nota : Jumlah bayaran di atas akan dibayar secara ansur selama empat (4) fasa (1,2,3 dan 4) dan pihak kami akan kemaskini kembali jumlah bayaran fasa 1 sebaik sahaja kerajaan mengumumkannya.

BILA WAKTU BAYARAN STR

Waktu bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi setiap bank penerima lazimnya seperti berikut :

BIL.NAMA BANK PENERIMAWAKTU BAYARAN
1.Bank Simpanan Nasional (BSN)Selepas 6 petang
2.Bank IslamSelepas 8 malam
3.Affin BankSelepas 8 malam
4.AmbankSelepas 8 malam
5.MaybankSelepas 9 malam
6.CIMB BankSelepas 9 malam
7.RHB BankSelepas 9 malam
8.Bank MuamalatSelepas 10 malam
9.Lain-lain BankSelepas 10 malam

*Nota : Waktu bayaran masuk ke dalam akaun bank penerima akan mengambil masa tiga (3) hingga ke lima (5) hari bekerja.

BILA TARIKH BAYARAN STR

Tarikh bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah pada :

PERKARATARIKH BAYARAN
Pembayaran
Bantuan STR Fasa 1 2025
Kerajaan masih belum mengumumkan
tarikh bayaran Bantuan STR Fasa 1 2025.
Pihak kami akan kemaskini tarikh
bayaran Bantuan STR Fasa 1 2025 dari
semasa ke semasa sebaik sahaja
ianya diumumkan oleh Kerajaan
secara rasmi.

BAGAIMANA CARA BAYARAN STR

Cara bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah sama seperti sebelum ini bergantung kepada penerima yang ada akaun bank atau tiada akaun bank seperti berikut :

PENERIMA ADA AKAUN
BANK
PENERIMA TIADA AKAUN
BANK
Dikreditkan ke dalam akaun bank
penerima atau pasangan
mengikut nombor akaun yang
didaftarkan semasa permohonan
Diberikan secara tunai di kaunter
mana-mana cawangan
Bank Simpanan Nasiona (BSN)
terdekat dengan penerima

SEMAKAN STATUS BAYARAN STR FASA 1 2025

Ikuti panduan semakan status bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 seperti berikut :

  1. Sila layari pautan Portal Rasmi STR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
  3. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  4. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  5. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  6. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  7. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  8. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  9. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
  11. Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  12. Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
  13. Status Bayaran Fasa 1 akan dipaparkan.
  14. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan STR eKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2025.pdf.