Semakan Bantuan Tunai BTR 2025 Fasa 3: Cara Semak Status Kelayakan Terkini

Semakan Bantuan Tunai BTR 2025 Fasa 3 – Layak atau Tidak?

Melalui pelaksanaan semula penyasaran subsidi, kerajaan dapat menyalurkan Bantuan Tunai BTR 2025 dengan lebih efisien dan bersasar. Inisiatif ini bertujuan untuk memastikan isi rumah berpendapatan rendah terus menerima sokongan kewangan yang diperlukan, terutamanya dalam Fasa 3 yang sedang dinantikan.

Ingin tahu sama ada anda layak menerima bantuan ini? Ketahui cara semakan status Bantuan Tunai BTR 2025 Fasa 3 dan maklumat lengkap di bawah.

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

SEMAKAN BANTUAN TUNAI BTR 2025 (FASA 3)

KATEGORI PENERIMA BANTUAN BTR 2025 STATUS LULUS

Syarat dan kategori penerima bantuan BTR 2025 mestilah terdiri daripada :

  1. Isi Rumah
    • Kahwin; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
      menepati syarat; dan
    • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  2. Warga Emas Tiada Pasangan
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
    • Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
  3. Bujang
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Berumur 21-59 tahun; dan
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

Catatan : Individu bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas, serta OKU berumur 19 tahun dan ke atas yang masih mengikuti pengajian sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam atau Swasta, hanya boleh untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak atau tanggungan permohonan isi rumah, dan tidak dibenarkan mengemukakan permohonan sebagai individu bujang.

PANDUAN LENGKAP SEMAKAN BANTUAN TUNAI BTR 2025

Semakan status kelayakan penerima BTR bagi fasa satu (3) 2025 secara online seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi di pautan :
    https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
  3. Pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
  4. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
  5. Tekan pada butang [Log Masuk].
  6. Seterusnya, klik [Semak] untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan.
  7. ‘Frasa keselamatan’ akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  8. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  9. Seterusnya, klik butang [Log Masuk], dan [Profile Pemohon] akan dipaparkan.
  10. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  11. Tekan pada bahagian [Maklumat Bayaran].
  12. Status kelayakan dan bayaran Bantuan Tunai Rahmah akan dipapar.
  13. Selesai.

JUMLAH PENERIMA BAYARAN BANTUAN TUNAI RAHMAH 2025

Berdasarkan rekod setakat ini, jumlah penerima bayaran Bantuan Tunai Rahmah Fasa satu (3) adalah seramai :

  • Isi Rumah Pendapatan Rendah (B40) : 3.1 juta penerima
  • Isi Rumah Pendapatan Sederhana (M40) : 1.0 juta penerima
  • Bujang Umur 60 tahun dan ke atas : 1.3 juta penerima
  • Bujang Umur 21 hingga 59 tahun : 3.4 juta penerima

SEMAKAN KADAR BANTUAN TUNAI BTR 2025

Kadar bantuan BTR 2025 yang diberikan adalah mengikut kategori seperti di bawah:

KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN (RM)
Isi rumah berpendapatan
RM 2500 kebawah
Tiada Anak : RM 1,000
Anak 1-2 : RM 1,500
Anak 3-4 : RM 2,000
5 dan keatas: RM 2,500
Isi rumah berpendapatan
RM 2501 hingga RM 5000
Tiada Anak : RM 500
Anak 1-2 : RM 750
Anak 3-4 : RM 1000
5 dan keatas: RM 1250
Warga emas tiada pasangan
RM 5000 dan kebawah
RM 600
Bujang
RM 2500 dan kebawah
RM 600

Nota : Kadar bantuan ini adalah jumlah keseluruhan bagi tahun 2025, dan wang akan diagihkan secara berfasa (Fasa 1, 2, 3, dan 4)

CARA PENGAGIHAN DUIT BANTUAN TUNAI BTR 2025

Pembayaran wang akan diagihkan secara berperingkat/berfasa dan akan disalurkan melalui:

  • Pengkreditan ke dalam akaun bank penerima atau pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan; atau
  • Diberikan secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi penerima yang tiada akaun bank atau status ‘Gagal Kredit’.

TARIKH PENYALURAN DUIT BANTUAN TUNAI BTR 2025

Tarikh rasmi pengagihan bayaran bantuan Fasa 3 masih belum dikeluarkan. Sebarang maklumat terkini berkenaan tarikh pengagihan bantuan, pihak kami akan kemaskini apabila diumumkan secara rasmi oleh pihak kerajaan.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Pihak kami sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan Malaysia yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2025.pdf

Leave a Comment