BTR Hasil GOV MY Semakan: Fasa 1 2025
Bantuan Tunai Rahmah (BTR) Fasa 1 tahun 2025 menyaksikan peruntukan kewangan meningkat kepada RM2.3 bilion berbanding RM2.1 bilion pada tahun sebelumnya. Inisiatif ini bertujuan meringankan beban rakyat yang layak menerima bantuan melalui kategori isi rumah, bujang, dan warga emas.
Ingin tahu cara membuat semakan status kelayakan BTR Hasil untuk Fasa 1? Ikuti panduan dan penjelasan terperinci di bawah.

BACA JUGA : https://semakanstr.my/sara-2024-semakan/
APA ITU BTR HASIL GOV MY
BTR ialah Bantuan Tunai Rahmah atau secara rasminya dikenali Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang merupakan bantuan kewangan bersasar oleh kerajaan khas untuk membantu meringankan bebanan kos sara hidup rakyat yang berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40).
JADUAL PENYALURAN BTR HASIL GOV MY
Penyaluran Bantuan Tunai Rahmah (BTR) adalah secara ansur berfasa bagi sepanjang tahun 2025 seperti berikut :
FASA BTR 2025 | TARIKH PENYALURAN |
---|---|
Pertama (1) | 22 Januari 2025 hingga 28 Januari 2025 |
Kedua (2) | Belum diketahui |
Ketiga (3) | Belum diketahui |
Keempat (4) | Belum diketahui |
JUMLAH PENYALURAN BTR GOV MY
Bantuan Tunai Rahmah (BTR) akan disalurkan berjumlah sebanyak :
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BTR KESELURUHAN 2025 | JUMLAH BTR FASA 1 2025 |
---|---|---|
Isi Rumah B40 | 0 anak : RM1,000 1-2 anak : RM1,500 3-4 anak : RM2,000 5 ke atas : RM2,500 | Semua : RM500 |
Isi Rumah M40 | 0 anak : RM500 1-2 anak : RM750 3-4 anak : RM1,000 5 ke atas : RM1,250 | 0 anak : RM150 1-2 anak : RM200 3-4 anak : RM250 5 ke atas : RM300 |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM600 | RM150 |
Bujang | RM600 | RM150 |
BTR HASIL GOV MY SEMAKAN
Semakan Status Bantuan Tunai Rahmah hanya boleh dilakukan pada pautan Portal Rasmi berikut :
PORTAL RASMI | PAUTAN |
---|---|
BTR HASIL GOV MY | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
Ikuti panduan semakan status seperti berikut :
- Sila klik pada pautan Portal Rasmi BTR di atas.
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status Bayaran Fasa 1 akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2025.pdf.