Semak Bantuan BTR Fasa 4: Cara Semak Status Penerima 2025
Pengagihan STR Fasa 3 telah bermula pada 29 Ogos 2024 untuk penerima sedia ada, sementara penerima baharu atau rayuan boleh menerima bantuan mulai 18 September 2024. Agihan BTR Fasa 4 akan menjadi fasa terakhir bagi tahun ini, melibatkan baki wang keseluruhan Bantuan Tunai Rakyat yang disalurkan kepada penerima yang layak.
Bagaimanakah cara untuk semak bantuan BTR Fasa 4? Ikuti panduan lengkap dan penjelasan lanjut di sini untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai semakan BTR 2025.

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.
BACA JUGA : https://semakanstr.my/bantuan-rm100-mykad-2025/
SEMAK KADAR BTR
Bantuan yang diberikan kepada masyarakat adalah berdasarkan pendapatan dan kategori. Sekiranya pemohon menepati semua syarat setiap kategori, pemohon layak menerima kadar bantuan untuk Fasa 4 seperti berikut:
Isi Rumah Pendapatan RM2500 dan Kebawah
- 0 hingga 5 atau lebih anak : RM 200 – RM 700
Isi Rumah Pendapatan RM2501 ke RM5000
- 0 hingga 5 atau lebih anak : RM 150 – RM 350
Warga Emas Tiada Pasangan
- RM 150
Bujang 21 ke 59 Tahun
- RM 100
TARIKH SEMAK BTR
Bantuan Tunai Rakyat bagi Fasa 4 belum diketahui tarikh tetap. Namun, pemberian dianggarkan pada bulan November atau Disember akan datang. Setiap pindaan atau hebahan berkenaan tarikh penting Fasa 4 akan dimaklumkan dengan segera oleh pihak kerajaan secara rasmi. Semakan BTR boleh dibuat dalam tempoh tarikh yang telah dimaklumkan.
Pemohon baharu yang ingin membuat permohonan BTR Fasa 4, boleh mula memohon di portal rasmi bermula 1 Julai 2024 hingga 30 September 2024.
SEMAK BANTUAN BTR
Status kelayakan dan bayaran Bantuan BTR boleh disemak seperti berikut:
- Layari pautan rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Laman Utama Rasmi STR akan dipaparkan pada skrin.
- Masukkan nombor kad pengenalan untuk login.
- Kemudian, tekan butang [Log Masuk].
- Pemohon berjaya login STR.
- Paparan [SEMAK STATUS] akan ditunjukkan.
- Seterusnya, pemohon perlu dipaparkan dengan kata kunci keselamatan. Tekan [Ya] sekiranya kata kunci keselamatan adalah milik pemohon.
- Pemohon perlu mengisi kata laluan dan seterusnya menekan [Log Masuk].
- Sila klik [Semakan Permohonan].
- Kemudian, pemohon perlu memerhatikan pada [Maklumat Pembayaran].
- Pemohon akan dipaparkan dengan maklumat di bawah:
- Tarikh Kredit.
- No. Pengenalan Akaun Dikredit.
- Nama Penerima.
- Fasa Pembayaran.
- Jumlah Dikredit.
- Status Kredit.
- Nama Bank dan No akaun.
- Selesai.
Pemohon yang ingin mengemaskini maklumat peribadi juga boleh log masuk STR seperti di atas. Individu yang perlu membuat pengemaskinian ialah:
- Tidak mengemaskini permohonan 3 tahun berturut-turut sepanjang pelaksanaan BPR 2021, BKM 2022 dan STR 2023.
- Penerima STR 2023 yang mempunyai perubahan maklumat terkini.
RUJUKAN
Segala maklumat di atas telah dirujuk daripada portal yang sahih. Pemohon dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dengan pautan palsu bagi mengelakkan perkongsian data peribadi kepada scammer.
Untuk info lanjut atau hebahan berkenaan BTR, boleh rujuk di:
E-mel Rasmi : [email protected]
Laman Web Rasmi : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Hotline STR : 03-8882 4565 / 03-8882 4566