BUDI MADANI 2025: Semakan Status & Bayaran RM200 – Layak atau Tidak?
Program BUDI MADANI 2025 meneruskan pemberian bantuan subsidi tunai RM200 sebulan bagi meringankan beban kos bahan api yang semakin meningkat. Bantuan ini khusus untuk golongan B40, petani, penternak, serta pemilik kenderaan diesel persendirian yang layak.
Bagaimana cara semakan status penerima bantuan BUDI MADANI 2025? Semak syarat kelayakan dan panduan lengkap di sini!
Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

BACA JUGA : Bantuan Madani 2025
JENIS PROGRAM BANTUAN BUDI MADANI
Terdapat tiga (3) jenis/kategori program dibawah Budi Madani iaitu:
- Budi Individu : Bantuan subsidi tunai RM200 sebulan untuk pemilik kenderaan diesel persendirian yang layak.
- Budi Agri-Komoditi : Bantuan kepada petani dan penternak bagi meringankan kos bahan api dan operasi pertanian.
- MySubsidi Diesel : Permohonan bayaran balik sementara bagi pemohon Skim Kawalan Diesel Subsidi (SKDS) yang masih menunggu kelulusan “fleet card.”
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN BUDI MADANI 2025
Syarat kelayakan untuk permohonan adalah mengikut kategori seperti berikut:
- Kelayakan Budi Individu
- Warganegara Malaysia;
- Pendapatan tahunan individu atau pasangan tidak melebihi RM100,00;
- Kenderaan diesel persendirian dengan cukai jalan yang masih aktif; DAN
- Kenderaan berdaftar di Semenanjung Malaysia menggunakan nombor MyKad pemilik.
- Kelayakan Budi Agri-Komoditi
- Warganegara Malaysia;
- Berdaftar sebagai petani, penternak, atau pekebun kecil dengan kementerian berkaitan; DAN
- Menggunakan kenderaan atau jentera pertanian yang sah;
- Kelayakan MySubsidi Diesel
- Pemohon yang telah mendapat kelulusan awal Skim Kawalan Diesel Subsidi (SKDS); DAN
- Masih menunggu untuk mendapatkan “fleet card.”
SEMAKAN STATUS LULUS ATAU TIDAK BAYARAN BANTUAN BUDI MADANI
Panduan lengkap Semakan Status 2025 seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi Budi Madani: https://budimadani.gov.my
- Kemudian, Log Masuk menggunakan nombor MyKad serta kata laluan yang telah didaftarkan.
- Klik ‘Semakan Status’
- Status Permohonan akan dipaparkan sama ada LULUS, DALAM PROSES, atau DITOLAK.
JADUAL TARIKH PEMBAYARAN
Berikut merupakan tarikh-tarikh pembayaran bagi pemohon yang telah diluluskan permohonannya mengikut tarikh permohonan:
- Januari – Jun
TARIKH PERMOHONAN BUDI MADANI (BULAN) | TARIKH BAYARAN |
---|---|
Januari | 7 Februari 2025 (Jumaat) |
Februari | 7 Mac 2025 (Jumaat) |
Mac | 11 April 2025 (Jumaat) |
April | 9 Mei 2025 (Jumaat) |
Mei | 6 Jun 2025 (Jumaat) |
Jun | 7 Julai 2025 (Jumaat) |
- Julai – Disember
TARIKH PERMOHONAN BUDI MADANI (BULAN) | TARIKH BAYARAN |
---|---|
Julai | 8 Ogos 2025 (Jumaat) |
Ogos | 8 September 2025 (Isnin) |
September | 8 Oktober 2025 (Rabu) |
Oktober | 7 November 2025 (Jumaat) |
November | 5 Disember 2025 (Jumaat) |
Disember | 9 Januari 2026 (Jumaat) |
JUMLAH BANTUAN
Kadar bayaran yang disediakan kepada penerima yang layak seperti berikut:
BANTUAN | KADAR BANTUAN (RM) |
---|---|
Bantuan Budi Madani | RM200 Sebulan |
KAEDAH PENYALURAN BAYARAN
Bantuan akan diagihkan mengikut kaedah seperti berikut :
- Pengkreditan ke dalam akaun bank penerima yang berdaftar; ATAU
- Tuntutan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi. Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- BUDI MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://budimadani.gov.my/Download/Faq/FAQ_BUDI_Individu.pdf