Adakah anda penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk Fasa 3 tahun 2025? Pemohon yang berstatus lulus akan menerima bayaran STR secara berperingkat mengikut jadual rasmi. Bayaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank yang berdaftar, manakala penerima tanpa akaun boleh membuat penunaian di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran.
TARIKH BAYARAN STR 2025
Pengumuman rasmi mengenai pembayaran Bantuan Tunai STR Fasa 3 2025 adalah bermula pada akan dimaklumkan dalam masa terdekat.
CARA LOG MASUK STR
PANDUAN LENGKAP CARA LOG MASUK STR SECARA ONLINE. SEMAKAN STATUS PEMBAYARAN FASA 3 2025.
- Sila tekan link Rasmi Log Masuk STR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/# .
- Pengguna akan di bawa ke Laman Utama Portal Sumbangan Tunai Rahmah.
- Pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR].
- Isi Nombor Kad Pengenalan pengguna di ruangan [No MyKad].
- Klik butang [Log Masuk].
- Anda akan di bawa ke Halaman SEMAK STATUS.
- Paparan akan menunjukkan “Adakah ini kata kunci keselamatan anda”?.
- Tekan [Ya] jika Kata Kunci Keselamatan yang dipaparkan kepunyaan anda.
- Kemudian, pengguna dikehendaki memasukkan Kata Laluan/Password.Jika pengguna terlupa atau hilang kata laluan, sila rujuk panduan lengkap yang disediakan di bawah.
- Klik [Log Masuk].
- Anda telah berjaya Login ke Halaman Utama MySTR.
- Untuk semakan status bayaran bantuan STR secara online, sila klik [Semakan Permohonan].
- Seterusnya lihat di bahagian [Maklumat Pembayaran].
- Pengguna akan melihat paparan maklumat seperti yang dinyatakan di bawah.i. Tarikh Kredit
ii. No. Pengenalan Akaun Dikredit
iii. Nama Penerima
iv. Fasa Pembayaran
v. Jumlah Dikredit
vi. Status Kredit
vii. Nama Bank dan No akaun - Proses pembayaran akan dibuat secara berperingkat kepada penerima yang berstatus LULUS. Bagi yang tiada akaun bank, boleh membuat penunaian di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).
- Selesai.
LUPA KATA LALUAN LOG MASUK STR
CARA DAPATKAN BALIK FORGOT PASSWORD/ LUPA KATA LALUAN MYSTR
Ikuti panduan cara dapatkan balik kata laluan yang telah lupa atau hilang di bawah ini.
PERKARA | PAUTAN RASMI |
---|---|
Reset Kata Laluan/Password Log Masuk Portal MySTR | https://bantuantunai.hasil.gov.my/TerlupaKataLaluan.aspx? |
- Tekan pautan Reset Kata Laluan MySTR di atas.
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Soalan Keselamatan.
- Masukkan No MyKad.
- Klik [Semak].
- Masukkan Emel yang berdaftar semasa Permohonan STR dan klik [Seterusnya].
- Kata Laluan sementara akan di emelkan pada emel yang didaftarkan.
- Check emel dan log masuk semula MySTR.
- Isi No. MyKad (12 Digit) dan sila sahkan kata kunci keselamatan.
- Masukkan Kata Laluan Sementara yang telah diemelkan dan set semula Kata Laluan Baharu anda.
- Setelah berjaya set semula Password, anda boleh log masuk ke Portal MySTR seperti biasa berpandukan toturial cara login STR secara online di atas.
- Selesai.
TIADA EMEL/EMEL TIDAK SAMA
TIDAK MEMPUNYAI EMEL/ EMEL TIDAK SAMA SEPERTI YANG BERDAFTAR PADA STR/ EMEL TIDAK SAH
Sekiranya anda mengalami masalah seperti di atas :
- Set semula Password melalui emel tidak boleh dibuat.
- Sahkan kata kunci keselamatan.
- Pemohon perlu menjawab 3 soalan keselamatan yang telah didaftarkan sebelum ini.
- Masukkan Kata Laluan Baharu dan Sahkan Password.
Sekiranya anda tersilap menjawab kata laluan setelah 3 kali percubaan diberikan. ID permohonan akan disekat. Selepas 24 jam, anda boleh log masuk semula MySTR dengan menjawab soalan keselamatan yang diberikan tanpa perlu menghubungi talian Hotline.
Sekiranya anda terlupa jawapan bagi soalan keselamatan berkenaan, anda boleh menghubungi talian Hotline BKK atau hadir ke Pejabat HASiL. Untuk set semula akaun STR. Selepas akaun STR telah diset semula, anda perlu mendaftar semula MySTR dan menjawab soalan keselamatan yang dipaparkan.
RUJUKAN
Jika anda mempunyai pertanyaan atau soalan berkenaan dengan perkara di atas, sila hubungi pihak yang berwajib di bawah. Artikel ini ditulis untuk memudahkan carian pengguna.
- Hubungi Hotline BKK : 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
- Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
- Hadir ke Pejabat LHDNM yang berhampiran dengan anda.
Anda saran untuk terus hadir ke Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan dengan tempat kediaman anda untuk mendapat kepastian yang lebih jelas.