Cek Bantuan Sabah 2025: Semakan Status Kelulusan RM300 Sebulan & Cara Mohon
Negeri Sabah mencatat kadar kemiskinan tegar yang tinggi berbanding paras nasional. Oleh itu, kerajaan negeri menyediakan pelbagai bantuan kewangan, termasuk Bantuan Sabah RM300 sebulan, bagi meringankan beban rakyat yang layak menerima.
Bagaimana cara semakan Bantuan Sabah 2025? Ketahui langkah-langkah lengkap serta syarat kelayakan dalam panduan di bawah.
Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

BACA JUGA : https://semakanstr.my/semakan-sara-2025/
PENGENALAN BANTUAN SABAH 2025
Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah (Bantuan Sabah) adalah merupakan sebuah inisiatif yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Sabah untuk membantu golongan miskin dan miskin tegar yang diharapkan dapat memberikan sedikit keselesaan kepada golongan sasar khususnya semasa musim perayaan utama.
TARIKH BAYARAN BANTUAN SABAH 2025
Pembayaran pertama Bantuan Sabah (Program Sentuhan Kasih Rakyat) akan dibayar kepada 100,000 ribu pertama rakyat Sabah yang berkelayakan pada suku pertama tahun 2025, iaitu bermula pada tarikh :
JENIS BAYARAN | TARIKH BAYARAN BANTUAN SABAH 2025 |
---|---|
Suku Pertama kepada 100,000 ribu | Februari 2025 |
*Nota : Tarikh akan dikemaskini dari semasa ke semasa sebaik sahaja ianya diumumkan secara rasmi oleh Kerajaan Negeri Sabah.
MANFAAT BANTUAN SABAH 2025
Antara manfaat daripada Bantuan Sabah (Program Sentuhan Kasih Rakyat) adalah dapat :
- Dapat Mengurangkan Beban Kewangan : Bantuan kewangan sebanyak RM300 sebulan akan membantu isi rumah memenuhi keperluan asas seperti makanan, pakaian, dan perbelanjaan harian.
- Dapat Meningkatkan Taraf Hidup : Dengan bantuan ini, penerima berpeluang untuk memperbaiki keadaan ekonomi keluarga mereka serta memberi tumpuan kepada pendidikan dan kesihatan anak-anak.
- Menyokong Golongan Miskin : Program ini menjadi bukti komitmen Kerajaan Negeri Sabah dalam membela nasib golongan yang kurang bernasib baik.
JUMLAH BAYARAN BANTUAN SABAH 2025
Bantuan Sabah (Program Sentuhan Kasih Rakyat) akan dibayar mengikut jumlah seperti berikut :
KADAR PERUNTUKAN BANTUAN SABAH 2025 | JUMLAH BAYARAN BANTUAN SABAH 2025 |
---|---|
RM358.5 juta | RM300 setiap bulan (Setiap penerima) |
KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SABAH 2025
Pemberian Bantuan Sabah (Program Sentuhan Kasih Rakyat) mengambil kira kelayakan penerima seperti berikut :
- Pendapatan : Ketua isi rumah atau ahli keluarga mestilah tergolong dalam kategori miskin tegar atau miskin.
- Warganegara : Pemohon mestilah rakyat Malaysia yang bermastautin di Sabah.
- Umur : Pemohon hendaklah berumur 18 tahun ke atas.
- Alamat Tetap : Pemohon perlu mempunyai alamat tetap yang berdaftar di Sabah.
CEK BANTUAN SABAH 2025
Kerajaan Negeri Sabah menyatakan bahawa Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan bergerak ke semua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk mengesan golongan miskin dan miskin tegar yang layak untuk menerima Bantuan Sabah RM300 setiap bulan.
Kemudian, senarai nama yang layak telah terkumpul akan diserahkan kepada Sekretariat Sabah Maju Jaya (SMJ) yang akan menggalas tanggungjawab untuk menyelaraskan pelaksanaan Bantuan Sabah (Program Sentuhan Kasih Rakyat) RM300 setiap bulan kepada penerima yang layak.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan Sabah (SYUKUR), anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.tvsarawak.my/2024/11/15/belanjawan-sabah-2025-bantuan-rm300-sebulan-untuk-golongan-miskin-dan-miskin-tegar/.