CEK STATUS MYKASIH SARA 2025: SEMAK KELAYAKAN PENERIMA & CARA TAHU LAYAK ATAU TIDAK

Cek status MyKasih SARA 2025 kini boleh dilakukan secara atas talian untuk mengetahui sama ada anda layak menerima bantuan atau tidak. Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) memberikan bantuan tanpa tunai setiap bulan, dikreditkan terus ke dalam MyKad penerima. Bantuan ini membolehkan pembelian barangan keperluan asas di pasar raya dan kedai runcit terpilih, sekali gus membantu meringankan beban kewangan rakyat.

Nak tahu cara semak kelayakan dan cek status MyKasih SARA 2025? Teruskan membaca panduan lengkap di bawah.

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

CEK STATUS MYKASIH SARA 2025

BACA JUGA : Semakan Status MyKasih SARA 2025

SYARAT LULUS BAYARAN MYKASIH SARA 2025

Individu yang menepati syarat kelayakan di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:

Penerima Sedia Ada (0.7 Juta Penerima)

  • Berstatus Miskin/Miskin eKasih dalam rekod data eKasih
  • Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025
  • Kategori – Isi Rumah, Warga Emas Tiada Pasangan dan Bujang.

Penerima Baharu (4.7 Juta Penerima)

  • Bukan eKasih
  • Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025
  • Kategori – Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan

CEK AMAUN KELAYAKAN BAYARAN MYKASIH SARA 2025

Jumlah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan disalurkan mengikut kategori kelayakan penerima seperti berikut:

PENERIMA SEDIA ADA (BERSTATUS EKASIH)JUMLAH KELAYAKAN SETAHUN (RM)AMAUN BULANAN (RM)
Isi RumahRM 2,100RM100/bulan
(bermula Januari – Mac)

RM200/bulan
(bermula April – Disember)
Warga Emas
Tiada Pasangan
RM 1,650RM100/bulan
(bermula Januari – Mac)

RM150/bulan
(bermula April – Disember)
BujangRM 600RM50/bulan
(bermula Januari – Disember)
PENERIMA BAHARU
(BUKAN EKASIH)
JUMLAH KELAYAKAN SETAHUN (RM)AMAUN BULANAN (RM)
Isi RumahRM 900RM100/bulan
(bermula April – Disember)
Warga Emas
Tiada Pasangan
RM 450RM50/bulan
(bermula April – Disember)

KAEDAH PENYALURAN MYKASIH SARA 2025

Penyaluran bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2025 seperti berikut:

NEGERI PENERIMAKAEDAH PENYALURAN
Penerima daripada Seluruh Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan W.P. LabuanPenyaluran secara TANPA TUNAI melalui MyKad (IC) penerima, membolehkan penerima membeli barangan keperluan asas berlabel MyKasih seperti makanan asas, barangan kebersihan diri, ubat-ubatan dan peralatan persekolahan di pasaraya yang terpilih (berdaftar) dengan menggunakan MyKad.

CEK STATUS PENERIMA MYKASIH SARA 2025 SECARA ONLINE

Status kelayakan penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) boleh disemak melalui dua (2) kaedah seperti berikut:

  • Portal Rasmi MyKasih; atau
  • Portal Rasmi MySTR

Semakan Status Bantuan Melalui Portal MyKasih:

  1. Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
  3. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  4. Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  5. Klik [Semak Status].
  6. Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
    [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]
  7. Selesai.

Semakan Status Bantuan Melalui Portal MySTR:

  1. Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan, kemudian klik [Semak Status].
  3. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk].
  4. Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
  5. Klik [Semakan Status].
  6. Maklumat yang akan dipaparkan:
    • Semakan Permohonan; dan
    • Maklumat Pembayaran
  7. Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar:
    [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih].
  8. Selesai.

RUJUKAN

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara