Cek MyKasih Februari 2025: Semak Kelayakan & Bayaran RM100/RM50

Cek MyKasih Februari 2025: Semak Kelayakan & Bayaran (RM100 & RM50)

Program Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di bawah MyKasih Foundation terus disalurkan setiap bulan kepada penerima yang layak. Bantuan ini bertujuan meringankan beban golongan berpendapatan rendah dan sederhana, dengan bayaran RM100 atau RM50, bergantung kepada kelayakan penerima.

Semak status kelayakan MyKasih Februari 2025 dan cara penebusan bantuan melalui panduan lengkap di bawah!

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

CEK MYKASIH FEBRUARI 2025

BACA JUGA : https://semakanstr.my/kemaskini-str-2025-online/

TARIKH AGIHAN MYKASIH FEBRUARI 2025

Pengagihan Bantuan SARA MyKasih yang kedua (2) adalah pada :

PERKARATARIKH AGIHAN
Agihan Bantuan SARA MyKasihFebruari 2025

*Nota : Tarikh agihan adalah tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa dan akan dikemaskini sebaik sahaja diumumkan secara rasmi oleh Kerajaan.

KAEDAH AGIHAN MYKASIH FEBRUARI 2025

Bantuan SARA MyKasih akan diagihkan sama seperti sebelum ini yang telah diselaraskan kepada semua penerima diseluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak iaitu secara tanpa tunai (cashless) melalui kad pengenalan (MyKad) penerima khas untuk pembelian barangan keperluan asas.

HAD AGIHAN MYKASIH FEBRUARI 2025

Agihan Bantuan SARA MyKasih pada bulan Februari kepada penerima adalah mengikut had seperti berikut :

  • Isi Rumah akan menerima RM100 pada bulan Februari;
  • Warga Emas akan menerima RM100 pada bulan Februari;
  • Bujang akan menerima RM50 pada bulan Februari.

CEK MYKASIH FEBRUARI 2025

Ketahui kelayakan anda menerima bayaran MyKasih bulan Februari mengikut panduan berikut :

  1. Sila layari portal rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
  4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
  6. Selesai.

Sekiranya status memaparkan ‘Tiada Rekod Ditemui, klik pada butang [Semak Kelayakan].

  1. Halaman utama Portal STR akan dipaparkan, klik [TUTUP] pemakluman terkini.
  2. Seterusnya, masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  3. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  4. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  5. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  6. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  7. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  8. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
  10. Status bayaran [Bantuan SARA] akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’.
  11. Selesai.

KEGUNAAN MYKASIH 2025

Penerima yang layak boleh menggunakan Bantuan SARA MyKasih untuk pembelian barangan keperluan asas seperti beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan, ubat-ubatan dan barangan persekolahan.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.