Cek SARA 2025 Online: Semakan Status Bantuan RM100 & RM50 dalam MyKad

Cek SARA 2025 Online: Cara Semak Status Bantuan dalam MyKad

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah inisiatif bantuan kerajaan yang bertujuan membantu rakyat memenuhi keperluan asas seperti makanan dan minuman. Bantuan ini disalurkan secara tanpa tunai melalui MyKad penerima, memudahkan pembelian barangan keperluan asas di pasaraya terpilih. Dengan jumlah bantuan RM100 atau RM50 setiap bulan, program ini dirancang untuk meringankan beban golongan berpendapatan rendah.

Bagaimanakah cara untuk membuat semakan SARA 2025 secara online? Ketahui panduan lengkap dan info terkini di sini.

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

BACA JUGA : https://semakanstr.my/bantuan-rm100-mykad-2025/

CARA PENGAGIHAN BANTUAN SARA 2025

Penyaluran bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2025 seperti berikut:

NEGERI PENERIMAKAEDAH PENYALURAN
Penerima daripada Semenanjung Malaysia
&
Penerima daripada Negeri Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan
Pengagihan secara TANPA TUNAI kedalam MyKad (IC) penerima, dan penerima boleh membeli barangan keperluan asas di pasaraya yang terpilih dengan menggunakan MyKad.

SYARAT LULUS CEK STATUS SARA 2025

Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah, dan Warga Emas Tiada Pasangan;
  • Berstatus kategori miskin dan miskin tegar dalam pangkalan data e-Kasih.

*Catatan: Individu yang memenuhi syarat dan kategori kelayakan di atas akan secara lansung layak menerima bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih.

LOGIN CEK STATUS PENERIMA BANTUAN SARA 2025 SECARA ONLINE

Kaedah semakan bantuan boleh dilakukan melalui dua kaedah seperti berikut:

  • Di Portal Rasmi MyKasih; ATAU
  • Di Portal Rasmi MySTR

Panduan Lengkap Semakan Bantuan Melalui Portal MyKasih:

  1. Klik log masuk MyKasih :
    https://www.mykasih.com.my/
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
  3. Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
  4. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  5. Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  6. Klik [Semak Status].
  7. Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
    [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]
  8. Selesai.

Panduan Lengkap Semakan Bantuan Melalui Portal MySTR:

  1. Klik log masuk MySTR :
    https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Masukkan Nombor MyKad Pemohon
  3. Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  4. Masukkan Kata Laluan
  5. Klik Semakan Status
  6. Maklumat yang akan dipaparkan:
    • Semakan Permohonan
    • Maklumat Pembayaran
  7. Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar:
    [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih].
  8. Selesai.

CEK KATEGORI BARANGAN SARA 2025 YANG DILULUSKAN

Berikut merupakan barangan keperluan asas yang diluluskan untuk pembelian menggunakan MyKad:

  • Beras / Roti / Telur / Minyak Masak / Tepung / Biskut / Mi Segera / Minuman / Makanan Dalam Tin / Bahan Perasa / Ubat-ubatan / Barangan Persekolahan / Produk Kebersihan.

*Catatan: Penerima bantuan hendaklah membeli barangan keperluan asas yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga di pasaraya.

JUMLAH BANTUAN SARA 2025

Kadar bantuan yang akan diterima oleh penerima seperti berikut:

  • Kategori Penerima STR (BERSTATUS Miskin/Miskin Tegar eKasih)
KATEGORI PENERIMA
(BERSTATUS eKasih)
AMAUN AGIHAN BULANAN (RM)

*JANUARI – MAC
AMAUN AGIHAN BULANAN (RM)

*APRIL – DISEMBER
JUMLAH KELAYAKAN KESELURUHAN (RM)
Isi rumah
(Ketua Keluarga)
RM 100
sebulan
RM 200
sebulan
RM 2,100
Warga emas tiada pasangan
(Setiap Individu)
RM100
sebulan
RM 150
sebulan
RM 1,650
Bujang
(Setiap Individu)
RM50
sebulan
RM 50
sebulan
RM 600
  • Kategori Penerima STR (BUKAN eKasih)
KATEGORI PENERIMA
(BUKAN eKasih)
AMAUN AGIHAN BULANAN (RM)

*JANUARI – MAC
AMAUN AGIHAN BULANAN (RM)

*APRIL – DISEMBER
JUMLAH KELAYAKAN KESELURUHAN (RM)
Isi rumah
(Ketua Keluarga)
RM 100
sebulan
RM 900
Warga emas tiada pasangan
(Setiap Individu)
RM 50
sebulan
RM 450
Bujang
(Setiap Individu)

TARIKH PEMBAYARAN BANTUAN SARA 2025

Pengagihan bantuan SARA seperti berikut:

KATEGORI PENERIMATARIKH BAYARAN
Penerima Bantuan STR
(BERSTATUS Miskin dan Miskin eKasih)
15 Januari 2025 (Rabu)
Penerima Bantuan STR Sahaja
(BUKAN eKasih)
Bermula April 2025

SENARAI BARANG DAPUR SARA YANG DILULUSKAN

Berikut merupakan senarai nama barangan keperluan asas yang diluluskan:

  • Beras : Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya.
  • Roti : Gardenia / Massimo / Mighty White.
  • Telur : Nutriplus / QL eggs / CP.
  • Minyak Masak : Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit.
  • Tepung : Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey.
  • Biskut : Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng.
  • Mi segera : Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap.
  • Minuman : Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf.
  • Makanan dalam tin : Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / Tc Boy / King Cup.
  • Bahan perasa : Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta.

*Catatan: Penerima bantuan hendaklah membeli barangan keperluan asas yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga di pasaraya.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara