Check Bantuan Sabah 2025: Semakan Status & Kelayakan RM300 Bulanan

Kerajaan Negeri Sabah memperkenalkan Bantuan Sabah 2025 sebagai inisiatif untuk membantu rakyat yang layak dengan bayaran RM300 sebulan. Bantuan ini bertujuan meringankan beban kewangan golongan yang memerlukan serta memastikan kebajikan rakyat terus terjaga.

Bagaimana cara check status penerima Bantuan Sabah 2025? Semak kelayakan dan info pembayaran lengkap di sini.

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

BACA JUGA : https://semakanstr.my/semakan-sara-2025/

PENGENALAN BANTUAN SABAH 2025

Bantuan RM300 Sabah atau Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah merupakan inisiatif baharu Kerajaan Negeri Sabah untuk membantu Rakyat Sabah daripada Golongan B40 berstatus Miskin dan Miskin Tegar dalam mendepani cabaran kewangan dan kos sara hidup yang dihadapi.

Sebanyak RM358.5 juta telah diperuntukkan untuk pelaksanaan program ini dengan penyaluran sebanyak RM300 sebulan kepada penerima yang layak dan memenuhi syarat yang ditetapkan.

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SABAH 2025

Syarat dan Kategori Kelayakan Bantuan RM300 Sabah mestilah terdiri daripada :

  • Warganegara Malaysia;
  • Anak Kelahiran Negeri Sabah dan Menetap di Negeri Sabah;
  • Ketua Isi Rumah dan Ahli Keluarga yang berumur 18 tahun ke atas; DAN
  • Kategori Miskin dan Miskin Tegar;

CHECK STATUS PENERIMA BAYARAN BANTUAN SABAH 2025

Maklumat mengenai semakan status dan kaedah penyaluran bantuan masih belum diumumkan. Sebarang maklumat terkini akan dikemasikini dari masa ke semasa.

TARIKH PERLAKSANAAN BANTUAN SABAH 2025

Penyaluran Bantuan Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah adalah seperti berikut:

BANTUANTARIKH PEMBAYARAN
Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah
(Bantuan Sabah RM300)
Bantuan dijangka akan dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Sabah bermula pada Februari 2025 dan akan disalurkan kepada 100,000 penerima yang layak pada fasa pertama.

Tarikh rasmi bayaran akan dimaklumkan, dan pihak kami akan kemaskini dari semasa ke semasa sebaik sahaja ia diumumkan secara rasmi oleh Kerajaan Sabah.

JUMLAH PEMBAYARAN BANTUAN SABAH 2025

Kadar bantuan yang diberikan adalah mengikut kategori seperti di bawah:

KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN (RM)
Ketua Keluarga Isi Rumah (KIR)
DAN
Ahli Keluarga yang berumur 18 tahun ke atas yang BERSTATUS Miskin dan Miskin Tegar
RM300
(Sebulan)

RUJUKAN

Untuk mendapatkan info lebih lanjut mengenai bantuan Program Sentuhan Kasih Rakyat, anda boleh rujuk saluran berikut:

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://www.tvsarawak.my/2024/11/15/belanjawan-sabah-2025-bantuan-rm300-sebulan-untuk-golongan-miskin-dan-miskin-tegar/.