Berita baik untuk rakyat Sabah! Inisiatif Bantuan Sabah RM300 bagi tahun 2025 dijangka memberi manfaat kepada 100,000 golongan miskin dan miskin tegar. Kerajaan Sabah akan mula melaksanakan bantuan ini pada Februari 2025, dengan bayaran RM300 sebulan bagi fasa pertama.
Ingin tahu cara untuk semak status kelayakan Bantuan Sabah RM300? Ikuti panduan lengkap dan maklumat lanjut di sini.

BACA JUGA : https://semakanstr.my/str-login/
APA ITU BANTUAN SABAH
Melalui Belanjawan Sabah 2025, Kerajaan Sabah memperkenalkan Program Sentuhan Kasih Rakyat dengan peruntukan RM358.5 juta untuk membantu rakyat menghadapi cabaran kos sara hidup.
Program ini menawarkan bantuan bulanan RM300 selama setahun kepada golongan miskin dan miskin tegar, termasuk ketua isi rumah dan ahli keluarga berumur 18 tahun ke atas.
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SABAH
Syarat dan Kategori Kelayakan Bantuan Sabah mestilah terdiri daripada :
- Warga Malaysia (Rakyat Sabah);
- Menetap di Negeri Sabah;
- Kategori Miskin dan Miskin Tegar; DAN
- Ketua isi rumah termasuk ahli keluarga yang berumur 18 tahun ke atas.
TARIKH PENGAGIHAN DUIT BANTUAN SABAH
Pembayaran Bantuan Sabah seperti berikut:
BANTUAN | TARIKH PEMBAYARAN |
---|---|
Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah | Pembayaran akan dilakukan secara berfasa/berperingkat dan dalam bentuk pakej bermula Februari 2025 |
*Nota: Tarikh rasmi bayaran akan dimaklumkan dan dikemas kini dari semasa ke semasa sebaik sahaja ia diumumkan secara rasmi oleh Kerajaan Sabah.
CHECK STATUS LULUS BANTUAN SABAH
Semakan status dan cara penagihan bantuan belum dimaklumkan. Sebarang maklumat terkini akan dikemaskini apabila diumumkan secara rasmi oleh pihak Kerajaan Sabah.
JUMLAH MASUK BAYARAN
Kadar bantuan yang diberikan adalah mengikut kategori seperti di bawah:
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN (RM) |
---|---|
Isi Rumah Berstatus Miskin dan Miskin Tegar (Ketua Keluarga termasuk Ahli Keluarga yang berumur 18 tahun ke atas) | RM300 (Sebulan) |
*Nota: Dalam fasa pertama, sebanyak 100,000 penerima akan mendapatkan manfaat bantuan ini.
RUJUKAN
Untuk mendapatkan info lebih lanjut mengenai bantuan Program Sentuhan Kasih Rakyat, anda boleh rujuk saluran berikut:
- https://sabah.gov.my/
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://www.tvsarawak.my/2024/11/15/belanjawan-sabah-2025-bantuan-rm300-sebulan-untuk-golongan-miskin-dan-miskin-tegar/