Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.
Check Bantuan STR Fasa 1: Semakan Status Kelayakan 2025
Kerajaan meneruskan inisiatif Bantuan Kewangan melalui Sumbangan Tunai Rahmah (STR) pada tahun 2025 dengan peruntukan tertinggi sebanyak RM13 bilion. Bantuan ini disasarkan kepada lebih 9 juta rakyat dewasa di Malaysia yang memenuhi syarat kelayakan, bagi meringankan beban kos sara hidup.
Bagaimana cara check status kelayakan Bantuan STR Fasa 1? Ketahui panduan semakan dan info lengkap di bawah.
BACA JUGA : https://semakanstr.my/semakan-skas-daftar-sarawak-pay/
KADAR BAYARAN BANTUAN STR
- KATEGORI ISI RUMAH :
KELAYAKAN ISI RUMAH | KADAR BAYARAN BANTUAN STR |
---|---|
Isi Rumah Pendapatan Bawah RM2,500 (B40) | Tiada Anak : RM1,000 1 – 2 Anak : RM1,500 3 – 4 Anak : RM2,000 5 ke atas : RM2,500 |
Isi Rumah Pendapatan RM2,501 hingga RM5,000 (M40) | Tiada Anak : RM500 1 – 2 Anak : RM750 3 – 4 Anak : RM1,000 5 ke atas : RM1,250 |
- KATEGORI BUJANG :
KELAYAKAN BUJANG | KADAR BAYARAN BANTUAN STR |
---|---|
Bujang Berumur 21 hingga 59 tahun | RM600 |
Bujang Berumur 60 tahun ke atas | RM600 |
*Namun, kadar bayaran Bantuan STR Fasa 1 adalah berbeza bagi setiap penerima dan perlu disemak melalui pautan Portal Rasmi STR.
PAUTAN CHECK BANTUAN STR
Berikut merupakan Pautan Portal Rasmi STR untuk semakan dan permohonan bagi tahun 2025 :
PERKARA | PAUTAN |
---|---|
PORTAL RASMI STR 2025 | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
PANDUAN CHECK STATUS BANTUAN STR FASA 1
Bagi yang belum mengetahui status kelayakan sebagai penerima Bantuan STR Fasa 1, ikuti panduan check status di bawah :
- Sila layari Pautan Portal Rasmi STR 2025 di atas.
- Halaman utama Portal Rasmi STR akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status Bayaran Fasa 1 akan dipaparkan.
- Selesai.
JADUAL BAYARAN BANTUAN STR
Pembayaran Bantuan STR adalah secara ansur berperingkat selama empat (4) fasa mengikut jadual seperti berikut :
FASA BAYARAN | TARIKH |
---|---|
Fasa 1 | Januari / Februari 2025 |
Fasa2 | Mac / April 2025 |
Fasa3 | Ogos 2025 |
Fasa 4 | November 2025 |
*Tarikh bayaran adalah tertakluk kepada pindaan semasa ke semasa dan akan dikemaskini apabila diumumkan secara rasmi oleh kerajaan.
RUJUKAN
Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2025.pdf.