Semakan SKAS 2025: Daftar Sarawak Pay untuk Penerima Bantuan

Platform Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS), kini dikenali sebagai S Pay Global, adalah aplikasi pembayaran digital yang dibangunkan oleh Kerajaan Negeri Sarawak. Ia menggantikan aplikasi Sarawak Pay untuk menawarkan fungsi pembayaran tanpa tunai yang lebih komprehensif.

S Pay Global memudahkan transaksi seperti:

  • Pembayaran bil dan transaksi runcit.
  • Kemudahan kewangan tambahan seperti pembiayaan pinjaman dan insurans.
  • Penerimaan bantuan kerajaan termasuk program SKAS 2025.
APPAS SARAWAK PAY BANTUAN SKAS 2025

BACA JUGA : Bantuan MyKad RM1200 2025: Semakan MyKad & Cara Semak Kelayakan Online

APA ITU SARAWAK PAY

Dahulunya Sarawak pay dikenali sebagai aplikasi e-Wallet rasmi Kerajaan Negeri Sarawak yang dilancarkan pada tahun 2017 dan kemudian digantikan pula kepada S Pay Global yang akan digunakan untuk penyaluran Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) pada tahun 2025.

Bagaimanapun Sarawak Pay telah berkembang pesat dan kini mempunyai lebih 770,000 pengguna berdaftar dan 91,000 peniaga, yang mana aplikasi ini telah memproses transaksi bernilai lebih RM4.2 billion, ia menunjukkan penerimaan yang luar biasa dalam kalangan penduduk Sarawak

Aplikasi ini diuruskan oleh SiliconNet Technologies Sdn Bhd (SNT) bagi pihak Kerajaan Saarwak yang memegang lesen e-Wallet yang sah dan berdaftar dengan Bank Negara Malaysia yang menjaminkan keselamatan dan kebolehpercayaan platform ini.

KEGUNAAN SARAWAK PAY

Aplikasi Sarawak Pay (S Pay Global) menawarkan pelbagai fungsi dan kegunaan yang memudahkan pengguna dalam urusan kewangan harian, antaranya ialah :

  • Pembayaran melalui imbasan kos QR di mana-mana kedai yang mengambil bahagian.
  • Pemindahan dana kepada pengguna yang lain dengan cepat dan mudah.
  • Pembahagian bil kepada rakan-rakan untuk perbelanjaan berkumpulan.
  • Program ganjaran kesetian dengan mendapat pelbagai baucar diskaun melalui tambah nilai.
  • Pembayaran bil termasuk bil utiliti dan telefon.
  • Perkhidmatan tambahan seperti membeli dan memperbaharui insurans, membayar balik pinjaman pelajaran, memesan makanan dan membuat sumbangan atau membayar caj meletak kenderaan.
  • Penggunaan antarabangsa melalui kerajasama dengan UnionPay International, termasuk negara di seluruh dunia seperti Kesatuan Eropah, China, India, Hong Kong, Korea, Singapura, Indonesia dan Thailand.
  • Pengurusan transaksi perniagaan bagi peniaga memantau transaksi perniagaan dan mengurangkan keperluan untuk memegang wang tunai dalam jumlah yang besar.
  • Integrasi dengan DuitNow membolehkan pengguna aplikasi e-dompet DuitNow yang lain mengimbas e-dompet para peniaga.

*Oleh itu, Kerajaan Negeri Sarawak memilih aplikasi ini untuk menyalurkan Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) bagi memudahkan penerima menggunakan bantuan untuk pembelian barangan keperluan asas.

Cara Daftar Sarawak Pay & Semakan Status SKAS 2025

Berikut adalah panduan langkah demi langkah:

Langkah 1: Muat Turun Aplikasi S Pay Global

Langkah 2: Daftar Akaun

  1. Buka aplikasi S Pay Global selepas muat turun.
  2. Pilih “Daftar Akaun Baru”.
  3. Masukkan maklumat seperti:
    • Nama penuh (seperti dalam MyKad).
    • Nombor telefon dan e-mel aktif.
    • Kata laluan yang selamat.
  4. Sahkan akaun melalui kod OTP yang dihantar ke telefon.

Langkah 3: Lengkapkan Verifikasi

  • Dokumen diperlukan:
    • MyKad (gambar depan dan belakang).
    • Gambar selfie dengan MyKad.
  • Tunggu notifikasi pengesahan akaun (biasanya dalam 1-3 hari bekerja).

Langkah 4: Semak Status Bantuan SKAS 2025

  1. Log masuk ke aplikasi S Pay Global.
  2. Pilih menu “Bantuan Kerajaan”.
  3. Klik pada bahagian “SKAS 2025”.
  4. Status akan dipaparkan sama ada:
    • Berjaya Kredit (jumlah bantuan akan dipaparkan).
    • Dalam Proses Kredit.

JUMLAH BAYARAN BANTUAN SKAS 2025

Bantuan SKAS adalah rasminya Sumbangan Keperluan Asas Sarawak yang khas untuk penduduk Sarawak menampung kos pembelian barangan keperluan asas seperti beras, tepung, minyak masak dan sebagainya. Setiap penerima akan menerima jumlah bayaran yang berbeza bergantung kepada kelayakan seperti berikut :

  • Isi Rumah : RM800;
  • Warga Emas : RM400; dan
  • Bujang : RM250.

SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN SKAS 2025

Sebarang semakan status sebagai penerima Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) hanya boleh dilakukan apabila permohonan telah dibuat. Namun portal untuk permohonan dan semakan status masih belum dibuka oleh Kerajaan Negeri Sarawak.

*Apabila portal untuk permohonan dan semakan status telah dibuka secara rasmi oleh Kerajaan Negeri Sarawak, pihak kami akan mengemaskini kembali panduan yang lengkap dan mudah.

RUJUKAN

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SKAS SARAWAK, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://spayglobal.my/modules/web/pages.php?mod=faq.