Daftar Bantuan Sabah RM300 untuk tahun 2025 kini dibuka kepada golongan B40, khususnya miskin tegar dan miskin, melalui Program Sentuhan Kasih Rakyat. Inisiatif ini bertujuan membantu meningkatkan kualiti hidup rakyat Sabah dengan bayaran RM300 sebulan, meringankan beban kewangan yang dihadapi. Bagaimana cara mendaftar secara online untuk bantuan ini? Ikuti panduan lengkap dan info penting dalam artikel ini.

BACA JUGA : https://semakanstr.my/str-fasa-1-2025/
APA ITU BANTUAN SABAH
Menerusi Belanjawan Sabah 2025 yang dibentangkan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Kerajaan Sabah telah mengumumkan bantuan Khas untuk Rakyat Sabah iaitu Program Sentuhan Kasih Rakyat melibatkan peruntukan RM358.5 juta.
Tujuan Bantuan ini adalah untuk membantu mengurangkan tekanan kos sara hidup dan mengurangkan beban kewangan yang dihadapi Rakyat Sabah yang terdiri daripada golongan miskin dan miskin tegar.
Bantuan akan diagihkan secara bulanan sebanyak RM300 untuk tempoh setahun kepada ketua isi rumah termasuk ahli keluarga yang berumur 18 tahun ke atas yang berstatus miskin dan miskin tegar.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SABAH RM300
Syarat dan Kategori Kelayakan Bantuan Sabah mestilah terdiri daripada :
- Warga Malaysia (Rakyat Sabah);
- Kategori Miskin dan Miskin Tegar; DAN
- Ketua isi rumah termasuk ahli keluarga yang berumur 18 tahun ke atas.
CARA REGISTER BANTUAN SABAH RM300
Panduan Lengkap Permohonan Bantuan Sabah adalah seperti berikut:
- Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM)
- Pemohon boleh mengunjungi pejabat UPPM di daerah masing-masing untuk mendapatkan borang permohonan. Pegawai di UPPM akan membantu memproses dokumen dan memastikan maklumat anda lengkap sebelum dihantar.
- Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK)
- Pemohon juga boleh menghubungi atau mengunjungi JPKK di kawasan anda untuk mendapatkan bantuan dan panduan berkaitan proses permohonan.
- Ketua Kampung
- Ketua Kampung memainkan peranan penting dalam memastikan setiap penduduk yang layak mendapat maklumat tentang program ini. Mereka akan membantu dalam pengesahan permohonan.
- Pengesahan dan Kelulusan
- Semua permohonan akan disemak oleh pihak berkuasa tempatan sebelum diluluskan. Pastikan anda menyerahkan semua dokumen sokongan yang diperlukan seperti salinan MyKad, slip gaji (jika ada), dan dokumen pengesahan pendapatan.
TARIKH PEMBAYARAN BANTUAN SABAH RM300
Pembayaran Bantuan Sabah seperti berikut:
BANTUAN | TARIKH PEMBAYARAN |
---|---|
Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah | Pembayaran akan dilakukan secara berfasa/berperingkat dan dalam bentuk pakej bermula Februari 2025 |
*Nota: Tarikh rasmi bayaran akan dimaklumkan dan dikemas kini dari semasa ke semasa sebaik sahaja ia diumumkan secara rasmi oleh Kerajaan Sabah.
JUMLAH BANTUAN SEBULAN SABAH
Kadar bantuan yang diberikan adalah mengikut kategori seperti di bawah:
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN (RM) |
---|---|
Isi Rumah Berstatus Miskin dan Miskin Tegar (Ketua Keluarga termasuk Ahli Keluarga yang berumur 18 tahun ke atas) | RM300 (Sebulan) |
*Nota: Dalam fasa pertama, seramai 100,000 penerima akan mendapatkan manfaat bantuan ini.
RUJUKAN
Untuk mendapatkan info lebih lanjut mengenai bantuan Program Sentuhan Kasih Rakyat, anda boleh rujuk saluran berikut:
- https://sabahnews.com.my/ ; atau
- https://www.tvsarawak.my/
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://www.tvsarawak.my/2024/11/15/belanjawan-sabah-2025-bantuan-rm300-sebulan-untuk-golongan-miskin-dan-miskin-tegar/