Daftar eKasih 2025: Cara Register Bantuan SARA RM2100, RM900 & RM600

Daftar eKasih 2025: Cara Register Bantuan SARA RM2100, RM900 & RM600

Pelbagai bantuan telah disalurkan kepada rakyat yang berdaftar dalam pangkalan data eKasih, khususnya untuk program pembasmian kemiskinan. Bantuan SARA (Sumbangan Asas Rahmah) bagi tahun 2025 menawarkan bantuan kewangan antara RM2100, RM900, dan RM600 kepada penerima yang layak.

Bagaimana cara daftar eKasih 2025 untuk penerimaan Bantuan SARA? Ikuti panduan lengkap dan penjelasan lanjut di bawah.

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

APA ITU E KASIH 2025

Sistem eKasih mengandungi data keluarga miskin bermula dari profil individu, program/bantuan yang diterima oleh Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) untuk membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan. Data eKasih ini akan digunakan oleh kementerian atau agensi untuk memberi bantuan melalui program-program pembasmian kemiskinan.

Dengan pendaftaran eKasih, pelbagai bantuan tunai tambahan akan diterima oleh pendaftar yang berstatus lulus. Pendaftar eKasih akan berpeluang untuk mendapatkan bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) / MyKasih, melalui pendaftaran bantuan SUmbangan Tunai Rahmah, dimana syarat kelayakan permohonan yang ditetapkan adalah terdiri daripada kumpulan miskin dan miskin tegar eKasih seperti yang tercatat dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN E KASIH

Kategori kelayakan pendafaran eKasih seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Golongan yang berpendapatan berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan oleh Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa.
  3. Golongan yang tidak berada dalam kawasan perkampungan Orang Asli, kawasan FELDA dan kawasan estet/ladang yang mempunyai pentadbiran sendiri.

Catatan : Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) ialah pendapatan isi rumah yang ditetapkan oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) sebagai pengukuran kepada status kemiskinan bagi sesuatu isi rumah yang berdaftar dalam Sistem eKasih.

SENARAI MAKLUMAT PERMOHONAN E KASIH

Berikut merupakan senarai maklumat yang perlu dilengkapkan untuk daftar eKasih :

  1. Butiran Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR);
  2. Lokasi Kediaman;
  3. Tahap Pendidikan;
  4. Kemahiran dan pekerjaan;
  5. Harta;
  6. Kesihatan;
  7. Bantuan dan pendapatan

DAFTAR E KASIH ONLINE 2025

Bantuan seperti SARA/MyKasih perlulah berdaftar eKasih dan melalui permohonan STR.

Panduan lengkap Pendaftaran eKasih adalah seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi eKasih, di pautan berikut:
    https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx
  2. Kemudian, pada halaman eKasih tersebut, sila scroll ke bawah dan klik pada [Pendaftaran eKasih].
  3. Anda akan dipaparkan dengan butiran Proses Kerja Permohonan Isi Rumah untuk Didaftarkan ke dalam Sistem eKasih.
  4. Anda dikehendaki membaca dengan teliti dan mengenalpasti (KIR).
  5. Seterusnya, anda hendaklah hadir ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) / Pejabat Daerah yang berhampiran anda.
  6. Anda dikehendaki membuat pendaftaran di PPN; atau hubungi PPN berhampiran anda di talian.
  7. Sekiranya anda telah berdaftar dengan PPN, anda boleh membuat semakan secara online di pautan berikut:
    https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx
  8. Selesai.

Panduan lengkap permohonan SARA/MyKasih 2025 melalui STR secara online adalah seperti berikut:

  1. Layari portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025, di pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Klik butang Permohonan Baharu bagi membuat Permohonan Baharu.
  3. Lengkapkan maklumat Permohonan.
  4. Pemohon hendaklah mengisi maklumat, pemohon, pasangan, anak, waris dengan tepat dan lengkap. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
  5. Klik butang TERUSKAN setelah semua maklumat diisi dengan lengkap.
  6. Seterusnya isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan pada menu Pengesahan dan klik butang Sahkan Captcha.
  7. Kemudian paparan Perakuan Pemohon akan dipaparkan. Sila pastikan maklumat yang dipaparkan tepat kemudian Tick [/] butang berikut.
  8. Klik butang Hantar bagi meneruskan permohonan. Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan berikut akan dipaparkan:
    • Klik butang YA jika ingin membuat pendaftaran ID MySTR. Rujuk Panduan Pengguna Daftar MySTR 2025.
    • Klik butang KEMUDIAN jika tidak ingin membuat pendaftaran ID MySTR.
    • Klik butang CETAK jika ingin membuat cetakan salinan permohonan.
  9. Setelah permohonan Berjaya dihantar, paparan pengesahan pemohon akan dipaparkan. Pemohon boleh klik butang Cetak jika ingin membuat Cetakan Salinan permohonan.

KAEDAH DAFTAR E KASIH

Berikut merupakah kaedah yang boleh dilakukan individu atau orang awam untuk pendaftaran eKasih:

  1. Hadirkan diri ke Pejabat Daerah atau Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) yang berdekatan untuk mendaftar permohonan, atau;
  2. Mendaftar melalui Pemimpin Tempatan/ Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK)/ Majlis Perwakilan Penduduk (MPP), atau;
  3. Membuat permohonan melalui talian mengikut negeri masing-masing:
    • PPN Perlis : 04-9731976
    • PPN Kedah : 04-7209236
    • PPN P.Pinang : 04-2185700
    • PPN Perak : 05-2497400
    • PPN Selangor : 03-55213600
    • PPN W.Persekutuan : 03-40419920
    • PPN N.Sembilan : 06-7659945
    • PPN Melaka : 06-3333333
    • PPN Johor : 07-2234777
    • PPN Pahang : 09-5178208
    • PPN Terengganu : 09-6272000
    • PPN Kelantan : 09-7457103
    • PPN Sarawak : 082-492957
    • PPN Sabah : 088-484800

SEMAKAN DAFTAR E KASIH ONLINE

Sekiranya telah mendaftar permohonan eKasih, pemohon boleh menyemak status secara online seperti berikut:

  1. Layari Portal Pembasmian Kemiskinan eKasih di pautan berikut:
    https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/CarianAwam/Pages/default.aspx.
  2. Masukkan No. Kad Pengenalan.
  3. Kemudian, klik butang [Carian].
  4. Selesai.

JUMLAH BANTUAN

Kadar bantuan MyKasih/SARA 2025 dalam tempoh 12 bulan yang diberikan adalah mengikut kategori seperti di bawah:

KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN (RM)
(BERSTATUS MISKIN & MISKIN TEGAR eKasih)
KADAR BANTUAN (RM)
(PENERIMA STR 2025 )
Isi rumahRM 2100RM 900
Warga emas tanpa pasanganRM 1650RM 450
BujangRM 600

TARIKH BAYARAN

Bayaran bantuan Mykasih/SARA bakal dilaksanakan secara berperingkat mulai April 2025. Manakala, bagi kategori penerima berstatus miskin dan miskin tegar eKasih akan diagihkan bermula Januari 2025, secara berperingkat. Sebarang maklumat terkini berkenaan tarikh bayaran, kami akan mengemaskini dari semasa ke semasa.

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda mempunyai persoalan atau pertanyaan mengenai perkara di atas, sila berhubung terus pihak yang berwajib di bawah ini. Pihak kami sekadar berkongsi informasi ini untuk memudahkan carian pengguna. Semoga perkongsian ini dapat memberi sedikit manfaat kepada pengguna yang memerlukan maklumat ini.

Hubungi pihak Kementerian Kewangan, sila hubungi talian bantuan STR/SARA MOF di 03-8882 4565/4566.