Daftar & Semak Bantuan Barangan Dapur 2025 (SKAS): RM800, RM400 & RM250 untuk Golongan B40 dan M40

Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) adalah program bantuan khas untuk golongan berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40) di Sarawak. Inisiatif ini dirancang untuk membantu rakyat mengurangkan beban kos membeli keperluan asas harian seperti beras, tepung, gula, minyak masak, dan barangan dapur lain sepanjang tahun 2025.

Bagaimana cara untuk daftar dan semak kelayakan bantuan barang dapur 2025 ini? Ketahui langkah mudah, panduan lengkap, dan maklumat penting di bawah untuk memastikan anda tidak terlepas manfaat ini.

BACA JUGA : Semakan SARA 2025: Bantuan One-Off RM300/RM150

JUMLAH BANTUAN BARANG DAPUR 2025

Berikut merupakan jumlah Bantuan Barang Dapur yang akan diberikan sepanjang tahun 2025 kepada setiap kategori :

PENERIMA
SEDIA ADA
PENERIMA
BAHARU
Isi Rumah : RM1,200 setahun
Warga Emas : RM1,200 setahun
Bujang : RM600 setahun
Isi Rumah : RM900 setahun
Warga Emas : RM450 setahun
Bujang : –
PENERIMA BANTUAN BELI BARANG DAPUR

KAEDAH PEMBERIAN BANTUAN BARANG DAPUR

Pemberian Bantuan Barang Dapur bukanlah diberikan secara fizikal, namun kerajaan akan menyalurkan bantuan tunai ke dalam akaun kad pintar (MyKAD) kepada penerima dan setiap penerima boleh memilih barangan dapur yang diinginkan mengikut jumlah yang diberikan setiap bulan.

Sekiranya pembelian barangan dapur melebihi jumlah bantuan yang diberikan, penerima harus membayarnya secara tunai. Namun, sekiranya pembelian barangan dapur tidak melebihi jumlah bantuan, baki akan dibawa ke bulan berikutnya dan boleh digunakan lagi untuk pembelian seterusnya.

SENARAI BANTUAN BARANG DAPUR

Penerima bantuan hanya boleh memilih barangan dapur seperti di bawah :

  • Beras : Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya.
  • Roti : Gardenia / Massimo / Mighty White.
  • Telur : Nutriplus / QL eggs / CP.
  • Minyak Masak : Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit.
  • Tepung : Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey.
  • Biskut : Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng.
  • Mi segera : Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap.
  • Minuman : Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf.
  • Makanan dalam tin : Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / Tc Boy / King Cup.
  • Bahan perasa : Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta.

SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK BANTUAN BARANG DAPUR

Bagi mengetahui status layak atau tidak menerima Bantuan Barang Dapur, ikuti panduan semakan status seperti berikut :

  1. Sila layari laman rasmi di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
  3. Masukkan 12 digit nombor MyKAD tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  4. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  5. Untuk pengesahan nombor MyKAD, klik pula pada butang [Semak].
  6. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  7. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  8. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  9. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
  11. Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  12. Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
  13. Status ‘LULUS’ Bantuan Tambahan (SARA) akan dipaparkan.
  14. Selesai.

RUJUKAN

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKASIH, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.