Semakan MyKasih Dalam MyKad 2025: Kelayakan & Cara Mohon
Kerajaan MADANI telah melaksanakan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 di bawah program MyKasih, dengan pengkreditan terus ke dalam MyKad (Kad Pengenalan) penerima. Bantuan ini diberikan secara bersasar setiap bulan kepada penerima yang layak, dengan jumlah RM2,100, RM900, atau RM600 bergantung kepada kategori penerima.
Bagaimana cara semakan status MyKasih Dalam MyKad 2025? Ikuti panduan lengkap di sini untuk mengetahui syarat kelayakan, jumlah bantuan, dan cara permohonan!
Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

BACA JUGA : MySTR Fasa 2 2025
SYARAT STATUS LAYAK MYKASIH DALAM MYKAD 2025
Syarat layak penerima Bantuan SARA MyKasih Dalam MyKad pada tahun 2025 terbahagi kepada dua (2) kumpulan, iaitu :
- Kumpulan SARA e-Kasih :
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
- Kumpulan SARA Bukan e-Kasih :
- Warganegara Malaysia; dan
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan.
MYKASIH DALAM MYKAD 2025 SEMAKAN STATUS
Status kelayakan penerima Bantuan SARA MyKasih Dalam MyKad boleh diketahui melalui dua (2) cara semakan seperti berikut :
- Panduan Semakan Status Melalui Portal Rasmi MyKasih :
- Sila layari Portal Rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
- Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Log masuk ke portal rasmi MySTR.
- Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
- Panduan Semakan Status Melalui Aplikasi MyKasih :
- Muat turun aplikasi MyKasih di app store / google play dalam telefon bimbit anda.
- Setelah selesai muat turun, klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
- Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
- Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
- Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
- Klik pada butang [Next] di bawah.
- Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
KAEDAH SUMBANGAN MYKASIH DALAM MYKAD 2025
Setelah individu disahkan ‘Layak’, Bantuan SARA MyKasih akan dikreditkan ke dalam MyKad (Kad Pengenalan) penerima secara ansur berperingkat setiap bulan khas untuk pembelian barangan keperluan asas seperti bahan makanan, produk kebersihan, ubat-ubatan dan barang sekolah.
JUMLAH SUMBANGAN MYKASIH DALAM MYKAD 2025
Jumlah Bantuan SARA MyKasih yang akan disumbangkan dalam MyKad penerima yang layak adalah berbeza mengikut kelayakan setiap kumpulan penerima seperti berikut :
- Kumpulan Penerima SARA e-Kasih :
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH SUMBANGAN MYKASIH DALAM MYKAD |
---|---|
ISI RUMAH | RM100 / RM200 setiap bulan sehingga RM2,100 setahun |
WARGA EMAS (tiada pasangan) | RM100 / RM150 setiap bulan sehingga RM1,650 setahun |
BUJANG | RM50 setiap bulan sehingga RM600 setahun |
- Kumpulan Penerima SARA Bukan e-Kasih :
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH SUMBANGAN MYKASIH DALAM MYKAD |
---|---|
ISI RUMAH | RM100 setiap bulan sehingga RM900 setahun |
WARGA EMAS (tiada pasangan) | RM50 setiap bulan sehingga RM450 setahun |
TARIKH PELAKSANAAN MYKASIH DALAM MYKAD 2025
Pelaksanaan sumbangan Bantuan SARA MyKasih Dalam MyKad penerima adalah pada tarikh seperti berikut :
PENERIMA SARA E-KASIH | PENERIMA SARA BUKAN E-KASIH |
---|---|
15/01/2025 (Rabu) 01/02/2025 (Sabtu) 01/03/2025 (Sabtu) 01/04/2025 (Selasa) 01/05/2025 (Khamis) 01/06/2025 (Ahad) 01/07/2025 (Selasa) 01/08/2025 (Jumaat) 01/09/2025 (Isnin) 01/10/2025 (Rabu) 01/11/2025 (Sabtu) 01/12/2025 (Isnin) | 01/04/2025 (Selasa) 01/05/2025 (Khamis) 01/06/2025 (Ahad) 01/07/2025 (Selasa) 01/08/2025 (Jumaat) 01/09/2025 (Isnin) 01/10/2025 (Rabu) 01/11/2025 (Sabtu) 01/12/2025 (Isnin) |
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.