eKasih SARA 2025: Cara Semak Status Kelulusan (RM100/RM50

eKasih SARA 2025: Semak Status Layak atau Tidak (RM100/RM50)

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 adalah inisiatif bantuan bersasar bagi meringankan kos sara hidup rakyat Malaysia, khususnya golongan berpendapatan rendah yang memerlukan. Program ini menyediakan bantuan sebanyak RM100 atau RM50, bergantung pada kelayakan individu.

Ingin tahu cara semak status eKasih SARA anda? Ikuti panduan mudah dan info penting di bawah untuk memastikan kelayakan anda!i.

BACA JUGA : https://semakanstr.my/semakan-ekasih-rm1200/

KADAR AMAUN BAYARAN EKASIH SARA 2025

Bayaran Bantuan SARA ditentukan mengikut kelayakan penerima samaada eKasih atau bukan eKasih seperti berikut :

  • Amaun Bayaran Bantuan SARA eKasih :
    • Isi Rumah : RM2,100 setahun.
    • Warga Emas : RM1,650 setahun.
    • Bujang : RM600 setahun.
  • Amaun Bayaran Bantuan SARA Bukan eKasih :
    • Isi Rumah : RM900 setahun.
    • Warga Emas : RM450 setahun.
    • Bujang : Tiada.

JADUAL BAYARAN EKASIH SARA 2025

Pembayaran Bantuan SARA adalah mengikut jadual seperti berikut :

JENIS PENERIMATARIKH BAYARAN
Penerima Bantuan SARA eKasihSetiap bulan :
15 Januari 2025
sehingga
** Disember 2025
Penerima Bantuan SARA Bukan eKasihSetiap bulan :
** April 2025
sehingga
** Disember 2025

SYARAT KELAYAKAN EKASIH SARA 2025

Berikut merupakan syarat kelayakan penerimaan Bantuan eKasih SARA RM100 / RM50 setiap bulan :

  • Warganegara Malaysia; dan
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2024.

EKASIH SARA SEMAKAN 2025

Untuk mengetahui status eKasih, ikuti panduan semakan seperti berikut :

  1. Sila layari portal rasmi eKasih; atau klik pada pautan di sini : https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx.
  2. Kemudian, klik pada eKasih [Semakan Pendaftaran].
  3. Masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan ‘No.KP’ tanpa (-) contoh : 84XXXXXXXXXX.
  4. Seterusnya, klik pada butang [Klik Untuk Carian].
  5. Status pendaftaran anda akan dipaparkan.
  6. Selesai.

Seterusnya, untuk mengetahui status kelayakan sebagai penerima Bantuan SARA, ikuti panduan semakan status seperti berikut :

  1. Sila layari portal rasmi MyKasih; atau klik pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  4. Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  5. Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
  6. Status penerima akan dipaparkan.
  7. Selesai.

CARA BAYARAN EKASIH SARA 2025

Penerima Bantuan SARA eKasih akan menerima bantuan barangan keperluan asas tanpa tunai (cashless) secara automatik melalui akun yang dibuka menggunakan Kad Pengenalan (MyKad) penerima dan barangan keperluan asas boleh dibeli di pasaraya atau kedai runcit terpilih seluruh Malaysia dengan menggunakan MyKad sahaja.

TEMPOH PELAKSANAAN BAYARAN EKASIH SARA 2025

Pelaksanaan bayaran Bantuan SARA kepada penerima eKasih adalah selama tempoh 12 bulan (Januari sehingga Disember). Manakala, pelaksanaan bayaran Bantuan SARA kepada penerima bukan eKasih adalah selama tempoh 9 bulan (April sehingga Disember).

RUJUKAN

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan eKasih SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.ad