E-Wallet RM200 2025: Semakan Status Kelayakan & Bayaran
Dalam Belanjawan 2025, kerajaan telah meningkatkan peruntukan bagi Sumbangan Asas Rahmah (SARA), menjadikan kadar bantuan lebih tinggi dan kelayakan penerima lebih luas berbanding tahun sebelumnya. Bantuan E-Wallet RM200 ini bertujuan untuk membantu rakyat membeli barangan keperluan asas di pasaraya terpilih.
Semak status kelayakan dan cara tebus E-Wallet RM200 2025 melalui panduan lengkap di bawah!
Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

BACA JUGA : https://semakanstr.my/kemaskini-str-2025-online/
PENGENALAN BANTUAN EWALLET 2025
Bantuan tanpa tunai (cashless) eWallet kini diteruskan melalui program Sumbangan Asas Rahmah (SARA), dimana pengkreditan akan dilakukan secara tanpa tunai melalui MyKad penerima khusus untuk pembelian barangan keperluan asas berlabel MyKasih di Pasaraya terpilih.
KAEDAH PENGKREDITAN BANTUAN EWALLET 2025
Penyaluran bantuan adalah secara tanpa tunai (cashless) pada tahun 2025 adalah melalui MyKad (IC) penerima, untuk pembelian barangan keperluan asas di pasaraya yang terpilih dengan menggunakan MyKad di Seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN EWALLET 2025
Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:
- Warganegara Malaysia;
- Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025;
- Berstatus kategori miskin dan miskin tegar dalam pangkalan data e-Kasih.
JADUAL PENYALURAN BANTUAN EWALLET 2025
Pengagihan bantuan SARA seperti berikut:
KATEGORI PENERIMA | TEMPOH PEMBAYARAN | TARIKH BAYARAN |
---|---|---|
Penerima Bantuan STR & BERSTATUS Miskin dan Miskin eKasih | Bermula Bulan JANUARI sehingga Bulan DISEMBER (Selama 12 Bulan) | Bulan Januari : 15 Januari 2025 Bulan Februari : Tarikh akan dikemas kini dari semasa ke semasa. |
Penerima Bantuan STR SAHAJA (BUKAN berstatus eKasih) | Bermula Bulan APRIL sehingga Bulan DISEMBER (Selama 9 Bulan) | Tarikh agihan bayaran akan dimaklumkan dan dikemas kini dari semasa ke semasa sebaik sahaja ia diumumkan secara rasmi oleh Kerajaan. |
CARA SEMAK STATUS BANTUAN LULUS ATAU TIDAK
Semakan bantuan boleh dilakukan melalui dua kaedah seperti berikut:
- Di Portal Rasmi MyKasih; ATAU
- Di Portal Rasmi MySTR
Panduan Lengkap Semakan Bantuan Melalui Portal MyKasih:
- Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
- Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
- Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
- Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
- Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Klik [Semak Status].
- Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
[Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih] - Selesai.
Panduan Lengkap Semakan Bantuan Melalui Portal MySTR:
- Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Masukkan Nombor MyKad Pemohon
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
- Masukkan Kata Laluan
- Klik Semakan Status
- Maklumat yang akan dipaparkan:
- Semakan Permohonan
- Maklumat Pembayaran
- Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar:
[Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]. - Selesai.
JUMLAH PENYALURAN BANTUAN
Kadar bantuan yang akan diterima oleh penerima seperti berikut:
- Kategori Penerima STR & BERSTATUS Miskin/Miskin Tegar eKasih
KATEGORI PENERIMA STR & (BERSTATUS eKasih) | AMAUN AGIHAN BULANAN (RM) JANUARI – MAC | AMAUN AGIHAN BULANAN (RM) APRIL – DISEMBER | JUMLAH KELAYAKAN KESELURUHAN (RM) |
---|---|---|---|
Isi rumah (Ketua Keluarga) | RM100 sebulan | RM 200 sebulan | RM 2,100 |
Warga emas tiada pasangan (Setiap Individu) | RM100 sebulan | RM 150 sebulan | RM 1,650 |
Bujang (Setiap Individu) | RM50 sebulan | RM 50 sebulan | RM 600 |
- Kategori Penerima STR SAHAJA (BUKAN eKasih)
KATEGORI PENERIMA STR (BUKAN eKasih) | AMAUN AGIHAN BULANAN (RM) JANUARI – MAC | AMAUN AGIHAN BULANAN (RM) APRIL – DISEMBER | JUMLAH KELAYAKAN KESELURUHAN (RM) |
---|---|---|---|
Isi rumah (Ketua Keluarga) | – | RM 100 sebulan | RM 900 |
Warga emas tiada pasangan (Setiap Individu) | – | RM 50 sebulan | RM 450 |
Bujang (Setiap Individu) | – | – | – |
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara