eWallet Madani 2025 Fasa 1: Semakan Kelayakan Online & Tarikh Bayaran (RM100, RM200, RM50)
Program Bantuan eWallet Madani mula diperkenalkan pada Disember 2023, memberi manfaat kepada lebih 10 juta rakyat Malaysia. Inisiatif ini bertujuan untuk menggalakkan transaksi tanpa tunai (cashless) melalui aplikasi eWallet di telefon pintar bagi kemudahan serta kelancaran perbelanjaan harian penerima.
Bagaimana cara untuk cek status kelayakan penerima eWallet Madani secara online? Ikuti panduan lengkap dan tarikh pembayaran di bawah.

BACA JUGA : https://semakanstr.my/sara-2024-semakan/
APA ITU EWALLET MADANI 2025
Kerajaan MADANI tidak meneruskan pemberian bantuan menerusi aplikasi e-Wallet, namun pihak Kerajaan meneruskan pemberian Bantuan Dalam Kad Pengenalan (IC) di bawah Program MyKasih yang juga bertujuan untuk memudahkan urusan transaksi tanpa tunai (cashless) dengan menggunakan IC penerima sahaja.
Hal ini kerana, penggunaan transaksi menggunakan e-Wallet adalah terhad kepada yang mempunyai telefon pintar sahaja. Namun, penggunaan transaksi Kad IC dapat diterima dan digunakan oleh semua peringkat umur termasuk golongan warga emas.
KADAR KREDIT EWALLET MADANI 2025 ONLINE
Pengkreditan Bantuan eWallet MADANI ke dalam aplikasi e-Wallet adalah bernilai RM100 sahaja. Namun pengkreditan Bantuan Dalam IC penerima adalah setiap bulan bergantung kepada kelayakan setiap kategori penerima seperti berikut :
- Penerima Berstatus Miskin dan Miskin Tegar :
- Isi Rumah RM2,100 setahun :
- Fasa 1 : RM100 setiap bulan (3 bulan).
- Fasa 2 : RM200 setiap bulan (9 bulan).
- Warga Emas RM1,650 setahun :
- Fasa 1 : RM100 setiap bulan (3 bulan).
- Fasa 2 : RM150 setiap bulan (9 bulan).
- Bujang RM600 setahun :
- RM50 setiap bulan (12 bulan).
- Isi Rumah RM2,100 setahun :
- Penerima Berstatus Asas Bukan Miskin :
- Isi Rumah RM900 setahun :
- Fasa 2 : RM100 setiap bulan (9 bulan).
- Warga Emas RM450 setahun :
- Fasa 2 : RM50 setiap bulan (9 bulan).
- Isi Rumah RM900 setahun :
TARIKH KREDIT EWALLET MADANI 2025 ONLINE FASA 1
Tarikh pengkreditan Bantuan eWallet MADANI adalad bermula pada 4 Disember 2023 yang lalu dan telah habis tempoh penggunaan. Namun, pengkreditan Bantuan Dalam IC baru sahaja bermula untuk fasa yang pertama :
FASA KREDIT | TARIKH PENGKREDITAN |
---|---|
FASA PERTAMA (1) | 15 Januari 2025 Februari 2025 Mac 2025 |
FASA KEDUA (2) | April 2025 Mei 2025 Jun 2025 Julai 2025 Ogos 2025 September 2025 Oktober 2025 November 2025 Disember 2025 |
*Pengkreditan pada bulan seterusnya akan dikemaskini sebaik sahaja ianya diumumkan secara rasmi oleh Kerajaan MADANI.
CEK STATUS KELAYAKAN EWALLET MADANI 2025 ONLINE
Terdapat dua (2) panduan untuk cek status kelayakan secara online :
- Panduan Cek Status Online Di Portal Rasmi MyKasih :
- Sila layari Portal Rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘Tiada Rekod Ditemui’.
- Sekiranya status memaparkan ‘Tiada Rekod Ditemui, klik pada butang [STATUS_CHECK.GOTOBANTUAN].
- Log masuk ke portal rasmi MySTR.
- Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
- Panduan Cek Status Online Di Aplikasi MyKasih :
- Muat turun aplikasi MyKasih di app store / google play dalam telefon bimbit anda.
- Setelah selesai muat turun, klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
- Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
- Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
- Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
- Klik pada butang [Next] di bawah.
- Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan MyKASIH, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.