eWallet Madani 2025 Fasa 1: Semakan Status Kelayakan Bantuan RM200, RM100 & RM50 Online!

Kerajaan terus menggalakkan penggunaan pembayaran tanpa tunai (cashless) melalui inisiatif eWallet Madani 2025. Bantuan ini membolehkan penerima membeli barangan keperluan asas tanpa perlu menggunakan wang tunai. Menerusi program ini, bantuan bernilai RM200, RM100, dan RM50 akan diberikan kepada golongan yang layak.

Bagaimanakah cara untuk membuat semakan status eWallet Madani 2025 secara online? Ikuti panduan lengkap dan maklumat lanjut di bawah.

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

Apa Itu SARA 2025

BACA JUGA : https://semakanstr.my/semakan-sara-2025/

APA ITU BANTUAN EWALLET MADANI 2025

Untuk makluman, bantuan tanpa tunai (cashless) kerajaan telah diperkenalkan pada tahun 2023. Namun pada tahun 2025, Kerajaan Madani meneruskan inisiatif bantuan ini melalui program Sumbangan Asas Rahmah (SARA), dimana pengkreditan akan dilakukan secara tanpa tunai ke dalam MyKad penerima. Penerima yang layak boleh membeli barangan keperluan asas berlabel MyKasih di pasar raya dengan membuat pembayaran menggunakan MyKad.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN EWALLET MADANI

Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025;
  • Berstatus kategori miskin dan miskin tegar dalam pangkalan data e-Kasih.

*Catatan: Individu yang memenuhi syarat dan kategori kelayakan di atas akan secara lansung layak menerima bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih.

PORTAL ONLINE SEMAKAN STATUS BANTUAN EWALLET MADANI

Kaedah semakan bantuan boleh dilakukan melalui dua kaedah seperti berikut:

  • Di Portal Rasmi MyKasih; ATAU
  • Di Portal Rasmi MySTR

Panduan Lengkap Semakan Bantuan Melalui Portal MyKasih:

  1. Klik log masuk MyKasih :
    https://www.mykasih.com.my/
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
  3. Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
  4. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  5. Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  6. Klik [Semak Status].
  7. Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
    [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]
  8. Selesai.

Panduan Lengkap Semakan Bantuan Melalui Portal MySTR:

  1. Klik log masuk MySTR :
    https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Masukkan Nombor MyKad Pemohon
  3. Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  4. Masukkan Kata Laluan
  5. Klik Semakan Status
  6. Maklumat yang akan dipaparkan:
    • Semakan Permohonan
    • Maklumat Pembayaran
  7. Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar:
    [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih].
  8. Selesai.

TARIKH PENYALURAN BANTUAN MADANI 2025

Pengagihan bantuan SARA seperti berikut:

KATEGORI PENERIMATARIKH PEMBAYARAN BULANAN
Penerima Bantuan STR
(BERSTATUS Miskin dan Miskin eKasih)
Bermula 15 Januari – Disember 2025

(12 Bulan)
Penerima Bantuan STR
(BUKAN eKasih)
Bermula April – Disember 2025

(9 Bulan)

CARA PENGKREDITAN

Penyaluran bantuan tanpa tunai (cashless) adalah melalui MyKad (IC) penerima, untuk pembelian barangan keperluan asas di pasaraya yang terpilih dengan menggunakan MyKad di Seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

JUMLAH BANTUAN BULANAN

Kadar bantuan yang akan diterima oleh penerima seperti berikut:

  • Kategori Penerima STR (BERSTATUS Miskin/Miskin Tegar eKasih)
KATEGORI PENERIMA
(BERSTATUS eKasih)
AMAUN AGIHAN BULANAN
(RM)

*JANUARI – MAC
AMAUN AGIHAN BULANAN
(RM)

*APRIL – DISEMBER
JUMLAH KELAYAKAN KESELURUHAN (RM)
Isi rumah
(Ketua Keluarga)
RM100
sebulan
RM 200
sebulan
RM 2,100
Warga emas tiada pasangan
(Setiap Individu)
RM100
sebulan
RM 150
sebulan
RM 1,650
Bujang
(Setiap Individu)
RM50
sebulan
RM 50
sebulan
RM 600
  • Kategori Penerima STR (BUKAN eKasih)
KATEGORI PENERIMA
(BUKAN eKasih)
AMAUN AGIHAN BULANAN
(RM)

*JANUARI – MAC
AMAUN AGIHAN BULANAN
(RM)

*APRIL – DISEMBER
JUMLAH KELAYAKAN KESELURUHAN (RM)
Isi rumah
(Ketua Keluarga)
RM 100
sebulan
RM 900
Warga emas tiada pasangan
(Setiap Individu)
RM 50
sebulan
RM 450
Bujang
(Setiap Individu)

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara.