eWallet RM200 2025: Semak Kelayakan & Status Bayaran SARA

eWallet RM200 2025: Semak Kelayakan & Status Bayaran SARA

Kerajaan telah menambah baik program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 dengan penyaluran bantuan tanpa tunai RM200 terus ke MyKad penerima. Bantuan ini boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas harian, termasuk makanan dan kelengkapan persekolahan, di kedai-kedai berdaftar di seluruh Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak.

Bagaimana cara semak status kelayakan eWallet RM200 2025? Ikuti panduan lengkap di bawah untuk mengetahui syarat dan cara permohonan.

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

BACA JUGA : https://semakanstr.my/semakan-sara-2025/

APA ITU BANTUAN EWALLET 2025

Bantuan tanpa tunai (cashless) kini disalurkan melalui program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) iaitu pengkreditan akan dilakukan secara tanpa tunai ke dalam MyKad penerima khusus untuk pembelian barangan keperluan asas berlabel MyKasih di Pasaraya terpilih di Seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

SYARAT DAN KATEGORI KELAYAKAN BANTUAN EWALLET 2025

Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025;
  • Berstatus kategori miskin dan miskin tegar dalam pangkalan data e-Kasih.

SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK BANTUAN EWALLET 2025

Kaedah semakan bantuan boleh dilakukan melalui dua kaedah seperti berikut:

  • Di Portal Rasmi MyKasih; ATAU
  • Di Portal Rasmi MySTR

Panduan Lengkap Semakan Bantuan Melalui Portal MyKasih:

  1. Klik log masuk MyKasih :
    https://www.mykasih.com.my/
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
  3. Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
  4. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  5. Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  6. Klik [Semak Status].
  7. Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
    [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]
  8. Selesai.

Panduan Lengkap Semakan Bantuan Melalui Portal MySTR:

  1. Klik log masuk MySTR :
    https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Masukkan Nombor MyKad Pemohon
  3. Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  4. Masukkan Kata Laluan
  5. Klik Semakan Status
  6. Maklumat yang akan dipaparkan:
    • Semakan Permohonan
    • Maklumat Pembayaran
  7. Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar:
    [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih].
  8. Selesai.

TARIKH PEMBAYARAN BANTUAN SECARA BULANAN

Pengagihan bantuan SARA seperti berikut:

KATEGORI PENERIMATEMPOH PEMBAYARANTARIKH BAYARAN
Penerima Bantuan STR
&
BERSTATUS Miskin dan Miskin eKasih
Bermula Bulan JANUARI sehingga Bulan DISEMBER

(Selama 12 Bulan)
Bulan Januari :
15 Januari 2025

Bulan Februari:
Tarikh akan dikemas kini dari semasa ke semasa.
Penerima Bantuan STR SAHAJA
(BUKAN berstatus eKasih)
Bermula Bulan APRIL sehingga Bulan DISEMBER

(Selama 9 Bulan)
Tarikh agihan bayaran akan dimaklumkan dan dikemas kini dari semasa ke semasa sebaik sahaja ia diumumkan secara rasmi oleh Kerajaan

Penyaluran bantuan adalah secara tanpa tunai (cashless) melalui MyKad (IC) penerima, untuk pembelian barangan keperluan asas di pasaraya yang terpilih dengan menggunakan MyKad di Seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

JUMLAH PEMBAYARAN BANTUAN

Kadar bantuan yang akan diterima oleh penerima seperti berikut:

  • Kategori Penerima STR & BERSTATUS Miskin/Miskin Tegar eKasih
KATEGORI PENERIMA STR
&
(BERSTATUS eKasih)
AMAUN AGIHAN BULANAN
(RM)

JANUARI – MAC
AMAUN AGIHAN BULANAN
(RM)

APRIL – DISEMBER
JUMLAH KELAYAKAN KESELURUHAN (RM)
Isi rumah
(Ketua Keluarga)
RM100
sebulan
RM 200
sebulan
RM 2,100
Warga emas tiada pasangan
(Setiap Individu)
RM100
sebulan
RM 150
sebulan
RM 1,650
Bujang
(Setiap Individu)
RM50
sebulan
RM 50
sebulan
RM 600
  • Kategori Penerima STR SAHAJA (BUKAN eKasih)
KATEGORI PENERIMA STR
(BUKAN eKasih)
AMAUN AGIHAN BULANAN
(RM)

JANUARI – MAC
AMAUN AGIHAN BULANAN
(RM)

APRIL – DISEMBER
JUMLAH KELAYAKAN KESELURUHAN (RM)
Isi rumah
(Ketua Keluarga)
RM 100
sebulan
RM 900
Warga emas tiada pasangan
(Setiap Individu)
RM 50
sebulan
RM 450
Bujang
(Setiap Individu)

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara