eWallet RM200 2025: Semakan Kelayakan & Status Bayaran

eWallet RM200 2025: Semakan Kelayakan & Status Bayaran

Penggunaan e-Wallet semakin popular kerana kemudahan transaksi tanpa tunai (cashless) yang selamat dan pantas di pelbagai premis berdaftar. Bagi membantu rakyat, kerajaan menyediakan bantuan eWallet RM200 kepada penerima yang layak.

Bagaimana cara semakan status kelayakan bayaran eWallet RM200? Ikuti panduan lengkap serta syarat penerimaan di bawah.

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

EWALLET RM200 2025

BACA JUGA : https://semakanstr.my/semakan-sara-2025/

APA ITU EWALLET RM200

Kerajaan Madani hanya meneruskan program bantuan bersasar iaitu Sumbangan Asas Rahmah di bawah MyKasih yang dikreditkan secara tanpa tunai (cashless) melalui kad pengenalan penerima dan bukanlah melalui aplikasi e-Wallet.

Sumbangan bantuan melalui kad pengenalan dapat memudahkan semua golongan menerima bantuan dan menggunakannya untuk pembelian barangan keperluan asas secara tanpa tunai (cashless) bagi setiap bulan.

KRITERIA KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN RM200 2025

Bantuan bernilai RM200 setiap bulan adalah khas untuk rakyat yang menepati kriteria kelayakan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah; dan
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) sehingga 31 Oktober 2024.

JADUAL KREDIT EWALLET RM200 2025

Pengkreditan Bantuan RM200 setiap bulan adalah dijadualkan pada tarikh berikut :

BIL.TARIKH KREDITJUMLAH BANTUAN
1.15 Januari 2025RM100
2.Februari 2025RM100
3.Mac 2025RM100
4.April 2025RM200
5.Mei 2025RM200
6.Jun 2025RM200
7.Julai 2025RM200
8.Ogos 2025RM200
9.September 2025RM200
10.Oktober 2025RM200
11.November 2025RM200
12.Disember 2025RM200

SEMAKAN STATUS EWALLET RM200 2025 KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN

Semak status kelayakan anda sebagai penerima bayaran RM200 setiap bulan melalui pautan berikut :

  1. Sila layari portal rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
  4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
  6. Selesai.

Sekiranya status memaparkan ‘Tiada Rekod Ditemui, klik pada butang [Semak Kelayakan].

  1. Halaman utama Portal STR akan dipaparkan, klik [TUTUP] pemakluman terkini.
  2. Seterusnya, masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  3. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  4. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  5. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  6. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  7. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  8. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
  10. Status bayaran [Bantuan SARA] akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’.
  11. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.